KUALA LUMPUR: Persidangan parlimen penting untuk memastikan wujud peranan semak dan imbang oleh ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Namun begitu, penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, sekalipun jika Parlimen sudah kembali bersidang, fokus perlu diletakkan kepada agenda menangani krisis kesihatan yang lebih membelenggu rakyat ketika ini.
"Apabila Yang di-Pertuan Agong menitahkan Parlimen boleh bersidang semasa darurat, ia jelas kerana Parlimen tidak dibubar, hanya digantung dalam tempoh darurat sekali gus bermakna Parlimen boleh bersidang dan tidak dihentikan terus peranannya.
"Titah baginda semalam sangat penting bagi kita mempertahankan parlimen berpeRlembagaan di negara kita.
"Tetapi kita juga harus akur dalam situasi sekarang yang harus diutamakan adalah menangani isu sebenar dan bukan hanya berpolitik kerana negara sedang dalam krisis nasional," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
Dalam pada itu, beliau juga berpendapat jika Pilihan Raya Umum mahu diadakan, ia perlu dilaksanakan dalam keadaan semua pihak benar-benar bersedia.
"Kita bukan sekadar mahu buat pilihan raya, tetapi kena sedar pilihan raya itu nanti akan jadi sangat berbeza dengan sebelum ini.
"Perlu ada banyak penambahbaikan dari segi SOP dan norma baharu, dan mungkin akan ada keterbatasan yang perlu diikuti.
"Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri banyak kali menyebut beliau tidak akan menolak pilihan raya apabila keadaan semakin baik.
"Jika semua pihak sudah bersedia dari segi sudut praktikal dan rasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sudah bersedia dengan SOP yang ketat, saya yakin kita boleh laksanakannya," ujarnya.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Madiha Abdullah
Thu Feb 25 2021

Jika Parlimen sudah kembali bersidang, fokus perlu diletakkan kepada agenda menangani krisis kesihatan yang lebih membelenggu rakyat ketika ini. - Bernama

Lim Kit Siang sekali lagi umum tanding pemilihan DAP
Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan sekali lagi akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan Jun tahun ini.

Banjir Kilat | Tidak ada satu usaha berkesan setakat ini
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berpandangan belum ada satu tindakan berkesan diambil dalam usaha mencegah banjir kilat yang sering melanda ibu kota.

COVID-19 | JPBN Bintulu saran PdPR dilaksanakan semula
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Bahagian Bintulu menyarankan agar Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) melaksanakan semula Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Ia susulan peningkatan secara mendadak kes-kes positif membabitkan sekolah-sekolah dalam kawasan bandar Bintulu.

PKP | Semua laluan tikus di tujuh daerah Kelantan ditutup
Bermula tengah malam Jumaat, kesemua laluan tikus di tujuh daerah di negeri Kelantan ditutup susulan pelaksanaan PKP.
![[TERKINI] Jumlah kes COVID-19 hari ini 2,148 kes [TERKINI] Jumlah kes COVID-19 hari ini 2,148 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899915/32896850861618474520540_640x360.jpg)
[TERKINI] Jumlah kes COVID-19 hari ini 2,148 kes
Ini berita terbaharu diterima. jumlah kes COVID-19 hari ini adalah 2,148 kes (367,977 kes) pecahan setiap negeri (kumulatif), Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 512 kes.

Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan Darurat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham
Keputusan tersebut diambil susulan lawatan dan tinjauannya ke fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19 (PKRC) di Stadium Perpaduan di Kuching.

Lim Kit Siang sekali lagi umum tanding pemilihan DAP
Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan sekali lagi akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan Jun tahun ini.

Rayuan Najib: Pelaburan SRC International seperti satu penipuan - Sithambaram
Sithambaram berkata, jika ada keuntungan sekalipun, tidak bermaksud boleh bawa dana masuk ke akaun peribadi

Penyelaras Parlimen: Kemarahan Noh dangkal, membabi buta - Hilman
Kemarahan Tan Sri Noh Omar berhubung cadangan perlantikan Penyelaras Parlimen di Tanjong Karang oleh Perikatan Nasional (PN) disifatkan dangkal dan membabi buta.

Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.

Kuasa lancar laman web pantau 20 kerusi Parlimen
Laman web untuk memantau 20 kerusi pada PRU15 akan membantu pengundi mengetahui maklumat calon dipilih berdasarkan sumber parti.

Tamat pengajian di Singapura, Syed Saddiq sumbang RM50,000 kepada golongan memerlukan di Muar
Selain itu beliau mengumpul dana dengan mengajar kelas ritical Thingking melalui Zoom dan berjaya mengumpul sehingga RM20,000.

Proton X50, Taman Tasik Putrajaya dan Putrajaya 2020 dalam video Tun Mahathir
Yayasan Kepimpinan Perdana, Taman Tasik Putrajaya Proton X50, Putrajaya 2020, antara dilihat dalam video aktiviti berbasikal Dr Mahathir.

15 muka lama kekal anggotai jawatankuasa DAP N. Sembilan, Anthony Loke pertahan jawatan
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berjaya mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang dipegang beliau sejak 2004.

Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Sidang Parlimen: Kerajaan tidak halang PH hantar memorandum kepada Agong - Takiyuddin
Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, sebarang keputusan akhir berkaitan perkara berkenaan hanya boleh diputuskan atas titah Yang di-Pertuan Agong.