Sidang Parlimen tergempar Rabu ini bakal menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia yang pastinya terkesan dengan tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, pada Khamis.
Bukan hanya Malaysia, malah seluruh dunia mengutuk keras tindakan ganas dan tidak berhati perut yang telah meragut nyawa 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan yang terdiri daripada pelbagai warganegara.
Kesatuan serupa dijangka ditunjukkan 222 anggota Dewan Rakyat untuk mengetepikan perbezaan politik dan menzahirkan solidariti rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat malang itu.
Menurut Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah, ini merupakan kali pertama sidang Parlimen tergempar dipanggil untuk membincangkan isu kemanusiaan membabitkan Malaysia dan kali kedua selepas usul mengecam serangan Rejim Zionis Israel di Gaza, diadakan pada 12 Jan 2009.
Roosme berkata semua anggota Parlimen telahpun dimaklumkan mengenai sidang tergempar itu melalui pelbagai medium komunikasi.
Bagaimanapun, setakat ini Majlis belum menerima usul rasmi yang akan dikemukakan kerajaan, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khas mengenai nahas MH17 yang disiarkan secara langsung di RTM1 pada Jumaat, mengumumkan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat itu dan bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap tragedi malang berkenaan.
Najib turut membayangkan tiga usul utama akan dibahaskan antaranya menuntut pihak terbabit menjamin keselamatan pasukan penyelamat dan penyiasat sepanjang operasi dijalankan selain memastikan urusan pengurusan mangsa berjalan lancar.
Kerajaan juga katanya mendesak pihak-pihak berkenaan agar tidak mengganggu dan mencemari bukti-bukti di tempat kejadian supaya kerja-kerja penyiasatan dapat dilakukan secara telus dan berkesan.
"Ketiga, jika siasatan membuktikan pesawat MH17 ditembak jatuh, Malaysia menuntut agar pihak yang bertanggungjawab dibawa terus ke muka pengadilan," katanya.
Dalam pada itu beberapa anggota Parlimen menyambut baik keputusan mengadakan sidang Parlimen khas itu, malah menyifatkannya sebagai langkah perlu.
Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) Sekijang, Annuar Abdul Manaf berharap pendirian dan ketegasan Malaysia yang akan disampaikan melalui sidang khas itu akan mendapat perhatian dunia.
"Kita mahu mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaku badan yang bertanggungjawab untuk keselamatan dunia memberi komitmen jitu untuk mencari jalan penyelesaian dan dalang di sebalik tragedi berkenaan," katanya.
Beliau berkata Malaysia juga tidak mahu isu itu diambil kesempatan oleh negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia untuk kepentingan masing-masing.
"Kita tidak mahu ada pihak yang sengaja menggunakan isu ini untuk mengalihkan perhatian dunia daripada isu Palestin dan Israel," katanya yang berharap anggota Parlimen menunjukkan kata sepakat dalam isu itu.
Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata parti itu telah mengarahkan semua anggota Parlimennya untuk hadir.
"Kita harap untuk turut memberi pendapat dan pandangan mengenai langkah-langkah yang harus dilakukan," katanya.
Katanya kerajaan diharap berlapang dada untuk mendengar pendapat anggota Parlimen daripada pelbagai latar belakang parti yang dipercayai ingin turut sama berkongsi pendapat.
Selain itu, PAS katanya turut menyambut baik keputusan kerajaan agar bendera negara dikibar separuh tiang di seluruh negara mulai malam ini sehingga Isnin depan (21 Julai) berikutan tragedi itu.
Anggota Parlimen DAP Dr Tan Seng Giaw pula berkata Malaysia perlu tahu punca sebenar tragedi dan menyifatkan pasukan siasatan antarabangsa yang bebas perlu dibenar membuat siasatan terperinci tanpa sebarang sekatan.
Sidang Parlimen tergempar itu akan bermula 10 pagi.
Bernama
Sat Jul 19 2014

Parlimen

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.

Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.

Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.

Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.

Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.

Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.

Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.

Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.