awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sijil halal tamat tempoh sejak 2008, premis makanan ringan diserbu KPDN

Aida Aziz
Aida Aziz
22/03/2024
03:00 MYT
Sijil halal tamat tempoh sejak 2008, premis makanan ringan diserbu KPDN
Anggota penguatkuasa KPDN ketika melakukan serbuan ke atas sebuah premis di Kawasan Perusahaan Ringan Tupai. - Foto KPDN Perak
TAIPING: Sebuah premis yang menghasilkan produk makanan ringan di Kawasan Perusahaan Ringan Tupai, di sini diserbu setelah didapati menggunakan logo halal tidak sah dan tamat tempoh sejak tahun 2008.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan itu dijalankan pada Khamis sekitar jam 2.30 petang.
"Sepasukan penguat kuasa dari KPDN Taiping menjalankan pemeriksaan di sebuah premis berhubung penggunaan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan ke atas produk jualannya.
"Pemeriksaan dilakukan dan menjumpai sejumlah produk makanan ringan yang ditandakan dengan logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, sijil pengesahan halal untuk produk dikeluarkan premis itu tamat tempoh pada 2008, namun masih digunakan pada peket pembungkusan produk keluarannya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, katanya, kesemua 208 unit produk makanan tersebut berserta label produk dan beberapa dokumen berkaitan telah disita.
Ujarnya lagi, kesemua barang rampasan dianggarkan berjumlah RM2,533 dan kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Peraturan 8 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Peraturan 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#makanan ringan
#logo halal
#kpdn
#tamat tempoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan