Pembeli rumah pertama perlu mempunyai sijil atas talian daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sebelum membuat pinjaman Dana Rumah Mampu Milik (Dana) yang diumum Bank Negara Malaysia (BNM).
Bagaimanapun, Pengurus Besar Operasi AKPK, Nor Fazleen Zakaria berkata, sijil pembelajaran atas talian itu bukan jaminan untuk mendapatkan pinjaman berkenaan.
"Selesai di portal bukan bermakna dia layak untuk membuat pinjaman berkenaan kerana bank akan membuat penilaian kredit seseorang pemohon.
"Bank ada cara mereka tersendiri tetapi bagi BNM, sijil rumahku itu perlu disertakan bersama apabila membuat pinjaman perumahan," katanya ketika ditemui di ibu pejabat AKPK di sini, hari ini.
Nor Fazleen mengulas pengumuman BNM terhadap penubuhan Dana berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka.
Dana ini akan tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion itu habis digunakan.
Bagi membantu pembeli rumah pertama kali ini, modul pendidikan kewangan dalam talian yang ringkas dan mudah akan disediakan oleh AKPK untuk pembeli rumah yang memohon pembiayaan di bawah Dana ini.
Sementara Portal Rumahku membantu bakal peminjam untuk memahami dan mengurus kewangan mereka dengan berkesan menerusi penilaian kendiri yang mudah dan ringkas.
Rumahku memberi gambaran terhadap komitmen kewangan yang bakal mereka ambil sesudah pembelian dan pengambilan pinjaman atau pembiayaan.
Bakal peminjam boleh mengakses portal Rumahku AKPK di learn.akpk.org.my yang sudah tersedia sejak 3 November lepas.
Menurut BNM, pelancaran Dana akan dilengkapi dengan pelbagai langkah untuk membantu pembeli rumah yang pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah membeli rumah pertama mereka yang berharga sehingga RM300,000.
Wan Syamsul Amly
Wed Nov 07 2018
NOR FAZLEEN: Selesai di portal bukan bermakna dia layak untuk membuat pinjaman berkenaan kerana bank akan membuat penilaian kredit seseorang pemohon. - Gambar www.akpk.org.my
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion
Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.
AI mampu sediakan pendidikan sesuai keperluan individu - Mahasiswa
Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mampu menyediakan pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan individu.
Sedia dasar yang jelas, hala tuju ekonomi dan kekal persekitaran mesra perniagaan - IECM
Katanya, kestabilan politik pembolehubah yang sangat penting dalam membina laluan yang koheren dan berterusan bagi pembangunan mampan.
Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK
AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.
Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet - BowerGroupAsia
Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan majoriti diisytiharkan bankrap di Malaysia.
Beberapa sistem operasi AKPK dinyahaktif buat sementara waktu bagi cegah risiko selanjutnya
Baru-baru ini, pelayan AKPK yang mengandungi data pelanggan mungkin telah diakses secara haram.
CGC jalin kerjasama dengan AKPK tingkatkan literasi kewangan PMKS
Kerjasama itu membolehkan CGC merujuk pelanggan PMKS ke kursus e-pembelajaran, bengkel dan webinar AKPK mengenai topik yang berkaitan dengan literasi kewangan dan pengurusan kewangan.
Urus: Peminjam lain tidak boleh ambil kesempatan, bank dijangka berdepan impak minimum
Urus : Peminjam lain tidak boleh ambil kesempatan, bank dijangka berdepan impak minimum | Dagang News
PERMAI: Moratorium, pengurangan bayaran balik diteruskan sepanjang PKP
Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BNM, industri perbankan tambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pihaknya telah bekerjasama dengan industri perbankan untuk menambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.