awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy

Gempak
Gempak
25/04/2024
06:41 MYT
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Meskipun ada yang telah menonton filem-filem tersebut sebelum ini, tetapi masih boleh menyaksikan naskhah tersebut dalam kualiti terkini. -Gempak
PENERBIT filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baharu menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Konsep silent cinema ini banyak dijalankan di negara-negara luar, di mana konsep hip dan trendy ini memberi peluang kepada penonton untuk menonton filem secara santai di lokasi-lokasi outdoor dengan menikmati audio menerusi fon kepala (headphone) atau fon telinga (earphone).
Tambah menarik, penonton dapat berhibur bersama rakan-rakan dan keluarga dengan filem-filem hit Astro Shaw sebelum ini yang telah dinaik taraf kualiti resolusi gambar.
Meskipun ada yang telah menonton filem-filem tersebut sebelum ini, tetapi masih boleh menyaksikan naskhah tersebut dalam kualiti terkini.
Untuk aktiviti pertama, penonton boleh sertai tayangan filem di RXP Hall, RexKL, Kuala Lumpur pada 26 April 2024, Jumaat untuk filem romantik, Busker lakonan Daiyan Trisha dan Hafiz Mikael.
Manakala pada 27 April 2024, Sabtu bagi filem komedi popular arahan pengarah hebat iaitu arwah Mamat Khalid dan dibintangi oleh Yassin Senario, Bront Palarae, Sharifah Aleya iaitu Man Laksa.
Tayangan akan bermula 10.30 malam dan tiket dijual dengan harga hanya RM10.
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Jualan tiket telah dibuka sekarang dan penonton boleh dapatkan menerusi laman sesawang rasmi REXKL. -Gempak
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#RexKL
#Silent Cinema
#Mamat Khalid
#Man Laksa
#busker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan