awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siling Kampus Muzium Sarawak rosak akibat angin kencang

Bernama
Bernama
08/11/2019
21:36 MYT
Siling Kampus Muzium Sarawak rosak akibat angin kencang
Kampus Muzium Sarawak merupakan kompleks muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara dijangka dibuka secara rasmi hujung tahun hadapan. Foto Facebook Sarawak Museum Complex
Kampus Muzium Sarawak bernilai RM323 juta yang baharu siap dibina mengalami kerosakan pada struktur siling bumbungnya, akibat angin kencang 'luar biasa' yang melanda bandar raya ini pada Khamis.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerosakan melibatkan siling di pintu masuk utama, di tingkat bawah bangunan berkenaan.
"Berikutan tempat ini masih di bawah jaminan pihak kontraktor, kita telah minta mereka baiki kerosakan terbabit," katanya selepas menghadiri perasmian Forum Jaringan Bandar Kraf Dunia di Kampus Muzium Sarawak, di sini, pada Jumaat.
Abdul Karim berkata pemeriksaan awal pihak kontraktor mendapati hanya bahagian siling di kawasan berkenaan mengalami kerosakan, bahagian bumbung pula tiada sebarang kerosakan dikesan.
"Ini juga satu hikmah kerana berlaku ketika Kampus Muzium Sarawak masih dalam tempoh jaminan dan pihak kontraktor diminta memastikan kejadian itu tidak berulang," katanya.
Beliau yakin kerosakan siling bangunan itu bukan disebabkan kualiti kerja pembinaan yang rendah, kerana banyak bangunan lain yang turut terkesan akibat angin kencang pada Khamis.
Abdul Karim berkata Kampus Muzium Sarawak itu yang merupakan kompleks muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara dijangka dibuka secara rasmi hujung tahun hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#angin kencang
#Asia
#bumbung
#Kampus Muzium Sarawak
#kerosakan
#kompleks muzium terbesar
#kualiti kerja
#menteri
#pelancongan
#siling
#sukan
#tempoh jaminan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan