awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
05/05/2024
15:37 MYT
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin juga menzahirkan rasa kecewa dan menganggap kejadian seumpama itu sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan. - Foto Facebook Selangor Royal Office
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat sehingga ke akar umbi dan segera mencari dan menangkap pelaku dalam kejadian menimpa pemain Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Istana Alam Shah menerusi satu kenyataan memaklumkan, Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC, dan Pengerusi Selangor FC Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Baginda memandang serius insiden tersebut dan mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Sultan Sharafuddin juga menzahirkan rasa kecewa dan menganggap kejadian seumpama itu sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan.
“Baginda khuatir jika insiden seperti ini tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang.
“Baginda mendoakan agar Faisal Halim kembali sihat seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC,” titah baginda.
Astro AWANI pada Ahad melaporkan pemain sayap Selangor FC, Faisal cedera di muka, kepala dan badan akibat disimbah cecair dipercayai asid.
Selangor FC menerusi satu kenyataan menegaskan pihaknya memandang serius insiden menimpa Faisal pada petang Ahad itu.
Menurut Selangor FC, pihaknya akan bekerjasama dengan PDRM dan pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat.
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#Faisa Halim
#simbah asid
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan