awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simpan sedikit BR1M anda - Othman

Bernama
Bernama
18/02/2017
15:04 MYT
Simpan sedikit BR1M anda - Othman
OTHMAN: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinasihati membelanjakan bantuan itu secara berhemat selain memastikan sebahagiannya disimpan. - Gambar fail
Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinasihati membelanjakan bantuan itu secara berhemat selain memastikan sebahagiannya disimpan.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz berkata sebanyak tujuh juta mula menerima bantuan itu hari ini bermula dengan pemberian baucar tunai.
"Pemberian baucar tunai BR1M yang bermula hari ini diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank.
"Bagi penerima melalui akaun pula wang bantuan itu akan dimasukkan bermula 22 Feb ini. Jadi, kepada mereka yang layak tetapi tidak menerima BR1M, bolehlah menghubungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk semakan," katanya.
BACA: Lebih 5 juta permohonan BR1M 2017 diluluskan setakat ini - PM Najib
BACA: Penstrukturan BR1M: Inisiatif tingkatkan produktiviti rakyat
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar dan Pelancaran Kelab Usahawan Ikhtiar Jerlun di Padang Sera di sini hari ini.
Pada masa sama beliau turut menyelar sesetengah pihak yang menyifatkan penerima BR1M sebagai pengemis.
"BR1M adalah satu bentuk bantuan bersasar secara langsung daripada kerajaan kepada penduduk sebagai usaha mengurangkan bebanan. Ia sama seperti bantuan lain termasuk subsidi kepada nelayan, bantuan permulaan persekolahan atau bantuan kepada masyarakat Felda.
"Jadi, sesiapa yang layak mereka boleh menerimanya. Pemberian ini tidak perlu dipertikaikan," katanya.
Sementara itu, Othman menafikan terdapat bantuan atau pampasan kepada pesawah padi yang mengalami kerugian akibat serangan penyakit karah tangkai yang berlaku pada musim 2/2016 baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan rakyat
#BR1M
#Datuk Othman Aziz
#lulus BR1M
#Najib Razak
#permohonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan