MACHANG:Tekad untuk mengubah nasib diri akhirnya membuahkan hasil bagi seorang bekas banduan Al-Maunah, apabila beliau kini memiliki kedai jahitan sendiri di Pekan Pulai Chondong di sini, sejak sebulan lalu.
Che Sabri Che Jaafar, 50 tahun, atau mesra dikenali sebagai 'CSCJ Tailor' yang dibebaskan sejak Julai lalu selepas mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong berkata, ketika menjalani hukuman selama lebih 20 tahun termasuk di Penjara Kajang dan Penjara Pengkalan Chepa, beliau telah diberi bimbingan dan kemahiran dalam bidang memotong dan menjahit.
Katanya disebalik tirai besi itu juga beliau turut mengikuti program pembangunan ihsan bengkel jahitan serta bekerja di bengkel jahitan dengan gaji yang diperolehi sekitar RM30 sehari daripada pihak penjara.
"Pada awalnya saya tidak mempunyai asas dalam jahitan, namun selepas mengikuti bengkel jahitan yang disediakan oleh penjara sejak tahun 2002 selama setahun, saya mula mahir dalam memotong, menjahit dan sebagainya.
"Malah, saya turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia sebagai Pembuat Pakaian Lelaki Tahap Satu serta Pembuat Pakaian Lelaki Kanan Tahap Dua dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2013 dan 2017, setelah mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)," katanya ketika ditemui pemberita di kedai jahitan miliknya di Pekan Pulai Chondong di sini hari ini.
Anak ketujuh daripada 11 beradik itu berkata, dengan menggunakan kemahiran yang diperolehi sepanjang berada disebalik tirai besi itu, beliau mampu menghasilkan pelbagai jenis pakaian lelaki termasuk pakaian seragam penjawat awam, baju melayu dan juga baju kurung wanita, sekali gus dapat menjadi sumber pendapatan baginya kini.
Katanya, beliau mula membuka kedai jahitan secara kecil-kecilan menggunakan modal sekitar RM200 yang diperolehi hasil daripada bekerja menjahit, ketika berada di penjara manakala sebuah mesin jahit dipinjam daripada kakaknya Noraini Che Jaafar, 66.
"Upah yang diambil adalah di antara RM50 hingga RM120 bagi sepasang baju, dan sehingga kini saya sudah mendapat lebih 20 tempahan baju lelaki untuk dijahit seperti baju kemeja, batik dan baju melayu.
"Walaupun pada awalnya ada segelintir penduduk setempat yang mempersoalkan kemampuan saya untuk menjahit, namun kini mereka sudah yakin untuk menghantar tempahan pakaian kepada saya selepas melihat beberapa tempahan yang sudah siap dihasilkan di kedai jahitan saya," katanya yang turut merancang untuk mencari seorang pekerja bagi membantunya dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 28 2020
Bekas banduan Che Sabri Che Jaafar, 50, atau mesra dikenali sebagai CSCJ Tailor melakukan kerja-kerja menjahit baju yang telah dipotong mengikut citarasa dan kehendak pelanggan di kedai miliknya di Pulai Chondong. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Bekas ahli Al-Maunah bantu urus bank makanan
Terkesan dengan kesusahan yang dialami penduduk ekoran penularan pandemik COVID-19, telah mendorong seorang bekas ahli Al-Maunah menjadikan satu sudut di kedai jahitnya di Pulau Chondong, di sini seba
Bekas pengikut Al Maunah jalani kehidupan baharu sebagai tukang jahit
Kebebasan diperoleh selepas mendapat pengampunan digunakan untuk membina hidup baharu sebagai tukang jahit.
Sinar baharu bekas banduan Al-Maunah buka kedai jahit sendiri
Tekad untuk mengubah nasib diri akhirnya membuahkan hasil bagi seorang bekas banduan Al-Maunah, apabila beliau kini memiliki kedai jahitan sendiri di Pekan Pulai Chondong di sini, sejak sebulan lalu.