awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket 'black money' tumpas

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2018
07:29 MYT
Sindiket 'black money' tumpas
Gambar fail seorang pekerja mengira duit di sebuah kedai pengurup wang di Kuala Lumpur. - Astro AWANI
Pada mulanya, mereka diberi wang tulen untuk ditukar di kedai pengurup wang.
Apabila mangsa teruja mendapat bayaran berganda, sindiket mula menggunakan duit palsu bagi memperdayakan mereka.
Itu modus operandi sindiket “black money” yang aktif di Lembah Klang.
Bertindak atas maklumat dan aduan daripada mangsa, polis melakukan serbuan di sebuah hotel di Puchong, Selangor.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata mangsa yang juga seorang ahli perniagaan menyedari dirinya tertipu selepas ahli sindiket menjanjikan untuk menyerahkan wang RM600,000 kepadanya.
Mangsa pula diminta hanya perlu memberikan wang tunai lebih kurang tiga kali ganda daripada jumlah berkenaan.
Mangsa yang menyedari taktik menipu itu kemudian memaklumkan kepada polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memerangkap sindiket itu.
“Mula-mula, wang yang mangsa diberi untuk pertukaran adalah wang tulen. Contohnya, mangsa diberi AS$500 untuk ditukar di pengurup wang, jadi mangsa pun dapat dalam RM2,000 (AS$1 = RM4).
“Ini meyakinkan mangsa untuk menukar lebih banyak duit, sehinggalah mereka diberi duit palsu untuk ditukar,” kata Mazlan.
Susulan serbuan di hotel itu, polis berjaya menangkap 10 anggota sindiket membabitkan empat lelaki tempatan, empat warga Sierra Leone dan masing-masing seorang lelaki warga Guinea dan warga Palestin.
Kesemua suspek kini direman untuk disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kes penipuan dan Sekyen 489C Kanun Keseksaan bagi kesalahan imigresen.
Topic Berkaitan
#black money malaysia
#black money scam
#duit palsu
#duit tipu
#sindiket
#wang palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan