Polis Selangor mematahkan tiga sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah termasuk bahan psikoaktif baharu atau New Psychoactive Substances (NPS) dengan penahanan 10 individu melibatkan nilai rampasan hampir RM1 juta.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt R. Sundralingam berkata rampasan tersebut adalah hasil serbuan di tiga lokasi berbeza iaitu di Subang Jaya pada Ahad lepas, Balakong, Kajang (Isnin) dan awal pagi ini di Seksyen 13, Shah Alam.
Beliau berkata sejumlah 61 paket dadah NPS bernilai kira-kira RM117,000 dirampas dalam serbuan di sebuah rumah teres sewa di Balakong dan di sana polis menahan empat lelaki berumur antara 18 dan 25 tahun bersama seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang kesemuanya warga tempatan.
Menurutnya, modus operandi sindiket pengedaran jenis dadah baharu itu adalah menggunakan media sosial sebagai platform berselindung kerana sebarang pesanan hanya dibuat untuk pelanggan di dalam aplikasi itu sahaja.
Tambah Sundralingam, dadah NPS itu dijadikan dalam bentuk serbuk dan dimasukkan ke dalam paket minuman kordial pelbagai perisa bagi mengaburi mata pihak berkuasa kerana tumpuan edaran adalah di pusat-pusat hiburan memandangkan ia mempunyai kesan khayal yang lebih ekstrem.
"Sindiket ini menyasarkan golongan berkedudukan tinggi serta berduit kerana harga satu paket NPS seberat hanya 15 gram mampu mencecah sehingga RM300. Penggunaan paket minuman kordial itu dibuat untuk pesanan khas daripada pelanggan di pusat hiburan.
"Polis sedang menyiasat dari mana sindiket pengedaran ini mendapatkan sumber NPS dan tidak menolak kemungkinan dadah itu diproses di sini namun bahan-bahan asalnya disyaki dibawa masuk dari luar," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Menurut beliau lagi, polis sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap remaja perempuan yang tidak bersekolah itu namun setakat ini, dapatan awal menunjukkan remaja berkenaan dipercayai teman wanita kepada seorang daripada suspek terbabit.
Mengulas mengenai kes kedua di Subang Jaya, Sundralingam berkata dua lelaki tempatan ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari di dalam kereta yang dinaiki mereka berhampiran sebuah pusat beli-belah terkemuka dan pemeriksaan lanjut menjumpai 8.2 kilogram syabu serta 0.9 kilogram heroin di dalam kenderaan tersebut.
"Kedua-dua suspek berumur 38 dan 47 tahun itu adalah penganggur dan rampasan dadah dengan anggaran nilai RM600,000 itu disyaki untuk edaran pasaran tempatan," katanya.
Sementara bagi kes ketiga awal pagi tadi, Sundralingam berkata tiga lelaki tempatan berumur 35 hingga 40 tahun ditahan pada pukul 2 pagi di sekitar Seksyen 13 di sini ketika sedang menunggu pelanggan.
Jelasnya, ketiga-tiga lelaki itu didapati sedang cuba mengedar dua kilogram dadah jenis ganja bernilai RM6,000 namun sempat dipatahkan pihaknya hasil intipan daripada aduan awam.
Sundralingam berkata, ketiga-tiga sindiket pengedaran dadah itu tidak berkaitan antara satu sama lain dan dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan kira-kira lapan bulan hingga setahun lepas malah diklasifikasikan sebagai 'pengedar baharu'.
Kesemua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini namun tempoh tersebut akan dilanjutkan sehingga siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 selesai, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2017
Polis Selangor menumpaskan sindiket dadah termasuk menahan 10 individu. - Gambar Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu jadi cabaran global - Ayob Khan
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.
Sindiket dadah NPS tumpas, 10 individu ditahan
Polis Selangor mematahkan tiga sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah termasuk bahan psikoaktif baharu atau New Psychoactive Substances (NPS) dengan penahanan 10 individu.