awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket dadah RM5 juta tumpas

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2015
09:29 MYT
Sindiket dadah RM5 juta tumpas
Polis telah membongkar sebuah makmal memproses heroin dan menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 35 hingga 57 tahun di kediamaan berkenaan. - Astro AWANI
Polis Pulau Pinang merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM5 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Lebuh Sungai Pinang di sini, hari ini. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis merampas 152.3 kilogram heroin dan syabu dalam operasi khas Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Khamis lepas. Tambah beliau, polis juga telah membongkar sebuah makmal memproses heroin dan menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 35 hingga 57 tahun di kediaman berkenaan. “Dalam serbuan ini pihak polis STING dan Narkotik PDRM Pulau Pinang telah berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses dadah, merampas sejumlah heroin, kafein dan pelbagai bahan kimia serta peralatan memproses dadah,” katanya. Beliau berkata rumah berkenaan turut dilengkapi dengan CCTV dan sistem keselamatan bagi mengawasi pergerakan pihak berkuasa bagi mengelak kegiatan mereka dikesan. Tambah beliau, susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah lagi kediaman milik salah seorang suspek di Taman Tembaga, Jelutong dan merampas 48.1 kilogram heroin serta 1.99 kilogram syabu. Polis juga menyita lima buah kenderaan mewah milik anggota sindiket di antaranya Mercedes Benz, Volkswagen Beetle dan Mitsubishi Attrage serta sebuah motosikal jenis Vespa. Polis turut dirampas wang tunai lebih daripada RM46,000 serta menyita wang dalam akaun kesemua suspek sebanyak RM373,000, menjadikan jumlah keseluruhan nilai sitaan adalah lebih RM790,000. Abdul Rahim berkata hasil siasatan awal mendapati sindiket itu bergerak aktif menjalankan kegiatan memproses dan mengedar dadah di negeri-negeri utara semenanjung sejak dua tahun lalu dengan membungkus dadah berkenaan seperti bungkusan nasi kandar bagi mengaburi mata pihak berkuasa. “Trend bungkusan seperti nasi kedai makan atau nasi kandar ini adalah trend lama. Satu bungkusan ini bernilai RM8,000 dan sedia untuk diedarkan. “Berdasarkan siasatan kami, dadah yang dirampas itu mampu menampung permintaan 700,000 penagih dadah,” kata Abdul Rahim. Polis juga sedang mengesan beberapa lagi anggota kumpulan sindiket berkenaan yang masih bebas. Kesemua suspek yang ditahan kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Hanafi
#Dadah
#heroin
#Makmal
#polis
#pulau pinang
#rampas
#STING
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan