awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket dadah tumpas, lelaki ditahan bersama 20 bungkus heroin

Aida Aziz
Aida Aziz
15/05/2024
00:10 MYT
Sindiket dadah tumpas, lelaki ditahan bersama 20 bungkus heroin
Dadah dianggarkan bernilai RM115,000 itu berada dalam raga depan motosikal yang dinaiki suspek. - Foto PDRM
IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun bersama-sama beg galas yang mengandungi 20 bungkusan plastik lut sinar dipercayai dadah jenis heroin dengan anggaran berat 9,200 gram, pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, tangkapan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada jam 1.15 tengah hari di kawasan Pengkalan Jaya, di sini.
Katanya, dadah dianggarkan bernilai RM115,000 itu berada dalam raga depan motosikal yang dinaiki suspek.
"Suspek merupakan penganggur dan salah seorang ahli sindiket pengedaran dadah yang aktif, dia ditahan ketika berhenti di kawasan parkir.
"Dadah tersebut dibawa dari Ipoh ke kawasan Pengkalan Jaya bagi tujuan pengedaran.
"Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morphine.
"Suspek juga mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.
"Polis turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (pelucuthakan harta) 1988, di mana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak menyita wang tunai berjumlah RM250," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Mohd Yusri menambah, anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita adalah RM115,250.
Jelasnya, berdasarkan siasatan dijalankan, aktiviti pengedaran dadah itu dipercayai mula aktif sejak awal Mei sehingga kini.
"Dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan Perak.
"Dianggarkan jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan untuk 12,000 penagih dadah," katanya.
Menurut beliau, suspek direman selama enam hari bermula Selasa hingga 19 Mei bagi membantu siasatan.
Justeru, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#Dadah
#heroin
#Mohd Yusri Hassan Basri
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan