awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket judi jana pendapatan RM3 juta sebulan didalangi warga China tumpas

Bernama
Bernama
05/01/2024
09:22 MYT
Sindiket judi jana pendapatan RM3 juta sebulan didalangi warga China tumpas
Antara komputer riba antara barang rampasan operasi khas sindiket perjudian dalam talian oleh warganegara China ditunjukkan dalam sidang media di Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM hari ini. - Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan sindiket perjudian dalam talian didalangi warga China yang beroperasi di kawasan apartmen mewah serta mampu menjana pendapatan mencecah RM3 juta sebulan dalam dua serbuan semalam.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen Jafri Embok Taha berkata serbuan di apartmen mewah di Bangsar, Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor itu dilancarkan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat JIM berdasarkan aduan dan risikan.
Beliau berkata 14 lelaki dan seorang wanita berumur antara 19 dan 39 tahun ditahan dalam serbuan itu, dengan sembilan daripada lelaki berkenaan merupakan rakyat China, termasuk ketua sindiket.
Mengulas modus operandi sindiket yang dipercayai telah beroperasi kira-kira enam bulan itu, katanya mereka melakukan promosi melalui aplikasi Whatsapp yang dihantar secara rawak kepada pelanggan di Australia, Hong Kong dan China.
"Pautan akan dihantar kepada pelanggan yang bersetuju untuk membuat pertaruhan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Jafri Embok berkata antara yang dirampas dalam serbuan itu ialah wang tunai RM18,000, 33 unit telefon bimbit, 15 unit komputer riba, 11 unit monitor, enam unit router wifi, lima unit komputer dan sebuah kenderaan Toyota Alphard.
Beliau berkata tujuh daripada warga China itu memiliki Pas Lawatan Sosial, manakala dua lagi memiliki Pas Khas iaitu pas yang dikeluarkan apabila Pas Lawatan Sosial tamat tempoh, yang masih sah laku.
Menurutnya semua warga asing itu ditahan di Depot Imigresen Putrajaya dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#sindiket perjudian
#warga china
#judi dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan