Dua sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga Myanmar yang mensasarkan warga Myanmar etnik Rohingya dan Arakan Muslim, ditumpaskan dalam operasi Jabatan Imigresen di kawasan Jalan Lebuh Pudu, Kuala Lumpur semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata kegiatan sindiket yang dipercayai telah beroperasi sejak kira-kira dua tahun lepas itu berjaya dihidu pihak berkuasa selepas insiden pendaratan etnik Rohingya di pantai Kuala Muda, Kedah pada Mac 2019.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai mengeluarkan kira-kira 14,000 dokumen palsu setahun; antaranya kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kad pertubuhan Rohingya di Malaysia dan i-Kad Imigresen dengan bayaran antara RM30 dan RM150 bergantung kepada jenis dokumen.
"Risikan mendapati sekitar 30 hingga 50 orang pelanggan berurusan dengan sindiket ini setiap hari," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Menurutnya dalam operasi semalam, 15 lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki warga Bangladesh ditahan, manakala seorang lelaki warganegara Malaysia yang menyewakan premisnya kepada warga asing terlibat, dikeluarkan saman saksi bagi membantu siasatan.
"Pemeriksaan turut menemui surat rayuan, surat perlindungan dan surat bantuan perubatan kepada pihak UNHCR untuk warga Myanmar, di mana dokumen-dokumen palsu itu bertujuan mengelakkan daripada ditahan pihak berkuasa sehingga mereka mendapat surat janji temu daripada pihak UNHCR untuk mendapatkan dokumen UNHCR yang sah," katanya.
Khairul Dzaimee berkata sindiket itu turut dikesan menyediakan perkhidmatan memalsukan dan meminda maklumat 'bio-page' pasport antarabangsa pelbagai negara, membuat pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan lain-lain pas lawatan palsu.
Beliau berkata dokumen palsu yang ditempah akan disiapkan dan diserahkan pada hari yang sama bagi pelanggan di Lembah Klang, manakala dokumen palsu untuk pelanggan lain dihantar melalui kurier setelah bayaran dibuat.
"Sindiket menerima tempahan dari seluruh Semenanjung Malaysia dan pelanggan hanya perlu menghantar butiran peribadi serta gambar melalui aplikasi WhatsApp, Viber, imo dan e-mail," katanya, serta menegaskan Jabatan Imigresen akan melaksanakan operasi besar-besaran bagi mengesan pemilik kad UNHCR palsu yang dikeluarkan sindiket berkenaan.
Antara yang dirampas dalam operasi berkenaan ialah pelbagai dokumen palsu antaranya 35 kad UNHCR, 13 i-Kad Imigresen, enam surat UNHCR, lima kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta tiga komputer, tiga komputer riba, enam mesin pencetak, empat mesin lamina dan lima pemacu pena.
"Templat surat pengesahan pemeriksaan COVID-19 klinik swasta dan templat lain turut ditemui di dalam pemacu pena (pendrive) dan komputer riba yang dirampas," katanya.
Beliau berkata kesemua warga asing yang ditahan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.
"Jabatan Imigresen juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi membolehkan kes itu disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 05 2020
![Sindiket palsu dokumen termasuk kad UNHCR didalangi warga Myanmar tumpas Sindiket palsu dokumen termasuk kad UNHCR didalangi warga Myanmar tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596621479_Rohingyamigrants.jpg)
Sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lalu dan terbabit dalam pendaratan etnik Rohingya di pantai Kuala Muda, Kedah pada 2019. -Gambar fail/ Maritim Malaysia
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Bangladesh lanjutkan perintah berkurung, tahan penunjuk perasaan Bangladesh lanjutkan perintah berkurung, tahan penunjuk perasaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721974749_BangladeshArmy.jpg)
Bangladesh lanjutkan perintah berkurung, tahan penunjuk perasaan
Bangladesh melonggarkan perintah berkurung pada Jumaat dan Sabtu selama sembilan jam di tengah-tengah tindakan tegas terhadap protes pelajar.
![Bangladesh tubuh jawatankuasa siasat keganasan protes pelajar sebabkan 197 kematian Bangladesh tubuh jawatankuasa siasat keganasan protes pelajar sebabkan 197 kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721875137_BangladeshCampusVi.jpg)
Bangladesh tubuh jawatankuasa siasat keganasan protes pelajar sebabkan 197 kematian
Tegas Menteri Maklumat dan Penyiaran Bangladesh Mohammad A Arafat, mereka yang bertanggungjawab atas kekacauan itu akan dihukum.
![Perintah berkurung, pemadaman internet, rondaan tentera diteruskan di Bangladesh Perintah berkurung, pemadaman internet, rondaan tentera diteruskan di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721629509_Bangladesh.jpg)
Perintah berkurung, pemadaman internet, rondaan tentera diteruskan di Bangladesh
Dalam arahan baharu, kerajaan Bangladesh telah melanjutkan perintah berkurung sehingga Khamis.
![Rusuhan Bangladesh: KPT sediakan kaunselor, penginapan untuk pelajar, ibu bapa Rusuhan Bangladesh: KPT sediakan kaunselor, penginapan untuk pelajar, ibu bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721736912_pelajarmalaysiaba.jpg)
Rusuhan Bangladesh: KPT sediakan kaunselor, penginapan untuk pelajar, ibu bapa
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyediakan kaunselor untuk semua pelajar dan ibu bapa pelajar yang terperangkap akibat rusuhan di Bangladesh.
![Penerbangan khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh Penerbangan khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721693601_BorderGuardBanglad.jpg)
Penerbangan khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh
Penerbangan ini bagi membawa pulang segera rakyat Malaysia serta lebih 124 pelajar.
![PM Srettha suarakan kebimbangan, nasihatkan rakyat Thailand di Dhaka supaya berwaspada PM Srettha suarakan kebimbangan, nasihatkan rakyat Thailand di Dhaka supaya berwaspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701068554_TBPMSretthaMon.jpg)
PM Srettha suarakan kebimbangan, nasihatkan rakyat Thailand di Dhaka supaya berwaspada
Srettha Thavisin menyatakan kebimbangannya mengenai situasi demonstrasi yang semakin memuncak di Bangladesh dan menasihatkan rakyat Thailand di ibu kota Dhaka supaya sentiasa berwaspada.
![Rusuhan Bangladesh: 'Sukar dapat bekalan makanan, talian komunikasi terhad' - Pelajar Malaysia Rusuhan Bangladesh: 'Sukar dapat bekalan makanan, talian komunikasi terhad' - Pelajar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721554096_Bangladesh.jpg)
Rusuhan Bangladesh: 'Sukar dapat bekalan makanan, talian komunikasi terhad' - Pelajar Malaysia
Sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, talian komunikasi yang terhad dan risiko keselamatan yang tinggi susulan rusuhan ganas yang melanda Bangladesh antara perkara yang menghantui pelajar Malaysia.
![Peguam Negara UAE arah siasatan terhadap warga Bangladesh ditahan kerana merusuh Peguam Negara UAE arah siasatan terhadap warga Bangladesh ditahan kerana merusuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721512194_UAEPublicProsecuti.jpg)
Peguam Negara UAE arah siasatan terhadap warga Bangladesh ditahan kerana merusuh
Pasukan pendakwaan UAE telah mula menyiasat terhadap suspek yang ditahan.
![Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka pastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka pastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka pastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin
Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat memantau keadaan di Bangladesh berikutan tunjuk perasaan pelajar-pelajar di sana.
![Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716857632_CycloneRemalWeather.jpg)
Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada.