MALAYSIA
Sindiket penyeludupan migran tumpas, 12 warga asing ditahan di inap desa

Polis menahan 12 warga asing dalam serbuan sebuah unit apartment di Setapak, semalam. - Gambar/ PDRM
KUALA LUMPUR: Taktik licik sindiket penyeludupan manusia yang menggunakan inap desa sebagai lokasi transit terbongkar, selepas polis menyerbu sebuah unit apartment di Setapak dan menahan 12 warga asing.
Ringkasan AI
- Polis menyerbu sebuah unit inap desa di Setapak dan menahan 12 warga asing, termasuk empat individu dipercayai anggota sindiket Geng Roni yang berperanan sebagai ejen, tekong darat dan penjaga rumah transit.
- Lapan migran terdiri daripada warga Indonesia dan Bangladesh dipercayai cuba keluar dari Malaysia ke Indonesia melalui laluan tidak diwartakan, dengan bayaran antara RM1,000 hingga RM1,700 setiap seorang.
- Sindiket yang aktif sejak tiga bulan lalu mengiklankan perkhidmatan di media sosial; kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1959/63.
"Manakala lapan lagi tangkapan iaitu empat warga Indonesia serta empat warga Bangladesh, berusia 27 hingga 41 tahun, merupakan migran yang hendak keluar dari negara ini ke Indonesia, menggunakan laluan tidak diwartakan. Dua daripada mereka wanita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Soffian berkata siasatan awal mendapati, sindiket ini mula bergerak aktif sejak tiga bulan lepas dengan mengiklankan perkhidmatan mereka di media sosial dan mengenakan bayaran antara RM1,000 hingga RM1,700 bagi setiap migran yang menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan Seksyen 15(1) (c) akta yang sama.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami