GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan sami palsu yang semakin berleluasa di sekitar negeri itu.
Ahli Majlis MBPP John Ooh Sin Hwa berkata terdapat aduan daripada orang awam yang mengesyaki warga asing menyamar sebagai sami untuk mengutip derma wang tunai daripada pengunjung bukan Islam demi kepentingan sendiri di pasar awam dan astaka makanan milik majlis itu.
"Sehingga kini, saya menerima 30 aduan awam secara terus dari lapangan dan melalui telefon... sebanyak sepuluh kain rentang telah disediakan untuk digantung di kawasan yang dikenal pasti mempunyai gejala sindiket sami palsu sebagai langkah mewujudkan kesedaran kepada orang awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata antara lokasi yang dikenal pasti ialah Pasar Awam Jelutong, Medan Selera Fisherman's Wharf, Pasar Awam Chowrasta, Astaka Pasar Chowrasta, Astaka Sungai Pinang, Astaka Pasar Air Itam, Pasar Awam Air Itam, Astaka Lavender MBPP Sungai Ara, Pasar Awam Jalan Anson dan Pasar Awam Jalan Kuantan.
Katanya kain rentang itu memaparkan talian aduan MBPP, kod QR e-aduan dalam talian MBPP dan talian Persatuan Buddha Malaysia bagi mendidik serta membolehkan orang awam membuat aduan.
Beliau meminta orang awam agar berwaspada dengan sindiket ini serta menasihati orang awam memberikan makanan dan bukan wang tunai kepada sami.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Terdapat aduan daripada orang awam yang mengesyaki warga asing menyamar sebagai sami untuk mengutip derma wang tunai. - Gambar hiasan/ AP
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Polis tahan lima sami palsu warga Thailand
Polis menumpaskan sindiket meminta sedekah yang dijalankan oleh sami palsu dari Thailand.
Sindiket sami palsu berleluasa di Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan sami palsu yang semakin berleluasa di sekitar negeri itu.
'Sami Louis Vuitton' dapat tambahan hukuman 16 tahun penjara atas tuduhan culik, rogol
Hukuman penjara ke atas Sukphol itu ditambah lagi selama 16 tahun apabila didapati bersalah menculik dan merogol seorang gadis bawah umur.