KUBANG PASU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan kegiatan kenderaan asing yang merompak dan menyeludup keluar diesel subsidi negara melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM1.2 juta sehari.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, kenderaan sindiket ini yang membawa diesel disembunyikan di dalam tangki tambahan, dikesan berulang alik kira-kira lima kali sehari ke Thailand.
"Pergerakan bagi satu perjalanan itu saja boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan sekitar anggaran RM250,000.
"Jika didarab dengan lima kali (perjalanan) ia boleh menyebabkan anggaran hampir RM1.2 juta ketirisan hasil sehari akibat penyeludupan diesel," katanya pada sidang media di Depoh Tahanan Kenderaan Kompleks Imigresen, Kastam Kuarentin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu Aedy Fadly berkata, sepanjang 'Op Khas Tangki' bermula sejak Rabu lalu, pihaknya berjaya menahan 18 kenderaan asing di ICQS Bukit Kayu Hitam, JPJ Sungai Petani dan JPJ Alor Setar.
Beliau berkata, kenderaan itu membabitkan treler, pacuan empat roda, lori, van dan kereta yang disyaki diubah suai untuk tujuan penyeludupan.
"Dalam 'Ops Khas Tangki' kita menfokuskan semua kenderaan asing dari negara Thailand meliputi kenderaan persendirian dan kenderaan Pperdagangan untuk penyeludupan minyak diesel ke negara jiran," ujarnya.
"Menerusi 'Ops Khas Tangki' ini, JPJ sudah memeriksa sebanyak 350 buah kenderaan dan daripada jumlah itu, 18 buah daripadanya sudah diambil tindakan dan 87 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan kerana gagal mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya yang ditetapkan.
"Kebanyakan kenderaan yang ditahan itu untuk menyeludup minyak diesel ke Thailand dan menggunakan pelbagai modus operandi untuk mengubah suai kenderaan terbabit," katanya.
Aedy Fadly berkata, pihaknya akan bekerjsama dengan pelbagai agensi lain di sempadan termasuk Jabatan Imigresen bagi memantau pergerakan keluar masuk individu setiap hari untuk mengekang aktiviti penyeludupan diesel.
Adie Sufian Zulkefli
Sun May 19 2024
![Sindiket seludup diesel akibatkan ketirisan RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam Sindiket seludup diesel akibatkan ketirisan RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716120465_TBJPJKAYUTITAM.jpg)
Aedy Fadly (depan, kanan) berkata, sepanjang 'Op Khas Tangki' bermula sejak Rabu lalu, pihaknya berjaya menahan 18 kenderaan asing di ICQS Bukit Kayu Hitam, JPJ Sungai Petani dan JPJ Alor Setar.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
![Kehadiran kenderaan asing di stesen minyak di sempadan negara berkurang Kehadiran kenderaan asing di stesen minyak di sempadan negara berkurang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718944134_Jualandiesel.jpg)
Kehadiran kenderaan asing di stesen minyak di sempadan negara berkurang
Kehadiran kenderaan asing mengisi diesel di stesen minyak berhampiran pintu sempadan negara di Bukit Kayu Hitam dilihat berkurang dengan ketara sejak penyasaran semula subsidi.
![Kastam Kedah arah kontena Israel berpatah balik ke Thailand Kastam Kedah arah kontena Israel berpatah balik ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717757856_kontenaIsraelJab.jpg)
Kastam Kedah arah kontena Israel berpatah balik ke Thailand
Jabatan Kastam Negeri Kedah mengarahkan sebuah lori kontena Israel yang tiba di Bukit Kayu Hitam pada Khamis untuk berpatah balik ke Thailand.
![Sindiket seludup diesel akibatkan ketirisan RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam Sindiket seludup diesel akibatkan ketirisan RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716120465_TBJPJKAYUTITAM.jpg)
Sindiket seludup diesel akibatkan ketirisan RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Kenderaan sindiket ini yang membawa diesel disembunyikan di dalam tangki tambahan, dikesan berulang alik kira-kira lima kali sehari ke Thailand.
![Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713164282_JabatanImigresenKe.jpg)
Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat
Jabatan Imigresen Kedah mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan lelaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.
![Maqis Kedah rampas lebih 27,000 kilogram ayam sejuk beku Maqis Kedah rampas lebih 27,000 kilogram ayam sejuk beku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709205129_TBayamsejuk.jpg)
Maqis Kedah rampas lebih 27,000 kilogram ayam sejuk beku
Maqis merampas 27,564 kilogram keratan ayam sejuk beku di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.
![KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707561071_AzmanAdam.jpg)
KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah
KPDN merampas 13,300 liter minyak diesel bersubsidi dalam dua serbuan Ops Tiris 3.0 di Changlun dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.
![Jalan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-Sadao direalisasi dalam masa terdekat Jalan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-Sadao direalisasi dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701144646_AnwarIbrahimThail.jpg)
Jalan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-Sadao direalisasi dalam masa terdekat
Inisiatif jalan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ke ICQS Sadao, Thailand dekat sini dijangka direalisasikan dalam masa terdekat.
![Ubah suai tangki treler, cuba seludup diesel ke negara jiran Ubah suai tangki treler, cuba seludup diesel ke negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699935900_treler.jpg)
Ubah suai tangki treler, cuba seludup diesel ke negara jiran
Empat buah treler ditahan Jabatan Kastam Kedah di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu kerana disyaki menyeludup minyak diesel.
![Seludup diesel: Tiga lelaki warga Thailand didenda Seludup diesel: Tiga lelaki warga Thailand didenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684748100_seludupdieselwarg.jpg)
Seludup diesel: Tiga lelaki warga Thailand didenda
Tiga lelaki warga Thailand didenda selepas masing-masing mengaku bersalah menyeludup keluar diesel bersubsidi dari negara ini ke Thailand di Bukit Kayu Hitam.