awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket tipu dan jual kad UNHCR palsu tumpas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/07/2019
22:13 MYT
Sindiket tipu dan jual kad UNHCR palsu tumpas
Dalam serbuan itu, polis juga turut merampas sebuah komputer riba dan pencetak yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan mereka termasuk telefon bimbit serta pelbagai dokumen peribadi. - Foto PDRM
Polis menumpaskan sindiket penipuan mencetak dan menjual kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) palsu di Pulau Pinang dengan tertangkapnya dua lelaki warga Rohingya.
Lelaki berusia 27 dan 50 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Empat dekat Bukit Tengah, Bukit Mertajam kira-kira jam 9 malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, memaklumkan siasatan mendapati suspek melakukan aktiviti itu sejak enam bulan lepas sebaik sahaja menyewa rumah tersebut.
Sindiket berkenaan dipercayai menjual kad UNHCR kepada warganegara Myanmar yang tiada pengenalan diri antara RM50 hingga RM300.
Sindiket berkenaan dipercayai menjual kad UNHCR kepada warganegara Myanmar yang tiada pengenalan diri antara RM50 hingga RM300. - Foto PDRM
Sindiket berkenaan dipercayai menjual kad UNHCR kepada warganegara Myanmar yang tiada pengenalan diri antara RM50 hingga RM300. - Foto PDRM
Pemeriksaan ke atas rumah yang didiami suspek menemui 42 keping kad UNHCR atas pelbagai nama dan 25 keping kad yang masih belum dicetak sepenuhnya.
Dalam serbuan itu, polis juga turut merampas sebuah komputer riba dan pencetak yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan mereka termasuk telefon bimbit serta pelbagai dokumen peribadi.
Nik Ros Azhan berkata, kesemua kad UNHCR yang dirampas itu dihantar ke Unit Perlindungan, UNCHR di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan ketulenan.
Pemeriksaan ke atas rumah yang didiami suspek menemui 42 keping kad UNHCR atas pelbagai nama dan 25 keping kad yang masih belum dicetak sepenuhnya. - Foto PDRM
Pemeriksaan ke atas rumah yang didiami suspek menemui 42 keping kad UNHCR atas pelbagai nama dan 25 keping kad yang masih belum dicetak sepenuhnya. - Foto PDRM
Kesemua barangan yang dirampas dihantar ke Unit Forensik untuk dianalisa.
Kedua-dua suspek kini direman selama 14 hari sehingga 24 Julai ini untuk siasatan selanjutnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian
#kad UNHCR
#Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid
#pelarian
#polis
#Rohingya
#Seberang Perai
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan