awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket tonto tumpas, 16 suspek ditahan di bawah POCA

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
03/05/2016
07:34 MYT
Sindiket tonto tumpas, 16 suspek ditahan di bawah POCA
LIOW: Sindiket tonto ini melindungi dan memberi maklumat kepada pengusaha lori yang melakukan kesalahan membawa lebih muatan atau membawa muatan berbahaya daripada ditahan agensi penguat kuasa. -Gambar fail
Pasukan Tindakan Khas (PTK) Jabaran Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Unit Kongsi Gelap (D7) Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas 16 orang yang disyaki tonto dalam Operasi Cantas Khas Tonto pada 26 April lalu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mereka yang ditangkap dikenal pasti sebagai dalang dan ketua sindiket terancang kepada tonto.
"Sindiket tonto ini melindungi dan memberi maklumat kepada pengusaha lori yang melakukan kesalahan membawa lebih muatan atau membawa muatan berbahaya daripada ditahan agensi penguat kuasa.
"Operasi ini juga dilakukan bagi membanteras kesalahan jenayah yang memberi ancaman kepada nyawa anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas penguatkuasaan serta mengakibatkan kerosakan harta benda awam," katanya dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan, di sini.
Antara rampasan barang dalam Operasi Cantas Khas Tonto Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia. - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Antara rampasan barang dalam Operasi Cantas Khas Tonto Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia. - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Antara rampasan barang dalam Operasi Cantas Khas Tonto Jabatan Pengangkuta Jalan dan Polis Diraja Malaysia. - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Antara rampasan barang dalam Operasi Cantas Khas Tonto Jabatan Pengangkuta Jalan dan Polis Diraja Malaysia. - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Liow berkata berdasarkan laporan dan siasatan, sindiket tonto ini telah melakukan pelbagai jenayah berat, termasuk merosakkan kenderaan awam, membuli, menyerang, serta cubaan memberi suapan kepada anggota yang menjalankan tugas penguatkuasaan.
Kesemua mereka yang ditahan akan didakwa di bawah Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).
Tambahnya lagi, kerajaan menanggung kerugian RM12 juta setahun berikutan jenayah dilakukan sindiket tonto itu.
"Kerugian yang ditanggung kerajaan melibatkan ketirisan hasil cukai negara dan kerugian bagi pembangunan semula kerosakan harta benda awam.
"Selain itu, 2,000 lori di sekitar Lembah Klang melakukan kesalahan membawa lebih muatan, tidak memiliki cukai jalan yang sah, namun tetap beroperasi kerana dilindungi sindiket tonto."
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya menganggarkan kos membaik pulih kerosakan jalan yang disebabkan kenderaan membawa lebih muatan adalah RM100 juta setahun.
Topic Berkaitan
#akta pencegahan jenayah
#Liow Tiong Lai
#Operasi Cantas Khas Tonto
#POCA
#polis
#tonto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan