TANAH MERAH: Ditertawakan rakan serta menerima komen sindiran oleh netizen kerana menjual tudung wanita secara dalam talian, tidak pernah meruntuhkan semangat Sharifudin Junoh mencari rezeki halal menampung kehidupan dalam tempoh sukar pandemik COVID-19.
Pemuda berusia 33 tahun dari Kampung Tengah, Bukit Panau di sini, bekerja sebagai buruh binaan namun kehilangan punca pendapatan apabila berlakunya wabak COVID-19.
Bercakap kepada Bernama, Sharifudin berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lepas membuka rezeki apabila beralih kepada 'bidang' baharu daripada bertukang rumah kepada peniaga dalam talian yang sebenarnya amat asing buat dirinya itu.
"Pada mulanya memang ada perasaan malu memandangkan saya lelaki mahu jual tudung wanita, namun saya terpaksa ketepikan perasaan itu demi mencari pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
"Antara cabaran yang perlu dihadapi untuk berniaga tudung ialah sindiran daripada rakan terdekat yang mengatakan saya ini lelaki lembut, malah ketika membuat jualan secara langsung menerusi Facebook ada yang tinggalkan komen dan sindiran menjatuhkan moral saya," katanya.
Kecaman yang diterima tidak melemahkan semangat Sharifudin, malah dia kini boleh berbangga apabila mampu meraih pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sebulan hasil jualan tudung wanita.
"Malu? Tiada erti malu dalam kamus hidup apabila saya ambil keputusan menjual tudung wanita secara dalam talian walau ada cubaan melemahkan semangat saya.
"Nasihat pemilik jenama tudung juga menjadi azimat buat saya untuk teruskan perniagaan ini bagi mencari rezeki tambahan supaya tidak hanya bergantung kepada pendapatan sebagai buruh binaan yang ketika ini sukar untuk mendapat kerja," kata anak ketujuh daripada lapan beradik itu.
Lebih setahun bergelar peniaga tudung wanita, Sharifudin yakin jantina bukanlah ukuran sebenar untuk seseorang itu berjaya, apa yang penting tekad, usaha dan ketepikan perasaan malu untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri dan keluarga.
"Saya sentiasa percaya bahawa rezeki adalah ketentuan Allah dan selagi kita sentiasa berusaha pasti ada hasilnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
Sharifudin kini boleh berbangga apabila mampu meraih pendapatan hingga RM2,000 sebulan hasil jualan tudung wanita. - Gambar hiasan
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.