awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
Pembinaan kiub gergasi Mukaab di Riyadh dihentikan untuk penilaian semula
Thaipusam: 10 laluan utama di Ipoh ditutup, dilencongkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura akan pastikan sektor pengisian bahan api kekal kukuh - Menteri Pengangkutan

Bernama
Bernama
21/04/2020
01:00 MYT
Singapura akan pastikan sektor pengisian bahan api kekal kukuh - Menteri Pengangkutan
Keutamaan Singapura adalah memastikan sektor pengisian bahan api untuk kegunaan kapal kekal kukuh. Gambar fail.
Keutamaan Singapura adalah memastikan sektor pengisian bahan api untuk kegunaan kapal kekal kukuh, kata Menteri Pengangkutan republik itu, Khaw Boon Wan.
"Ia memang kukuh," katanya dalam catatan Facebooknya hari ini dengan merujuk kepada masalah kewangan syarikat gergasi perdagangan minyak Singapura, Hin Leong Trading (Pte) Ltd dan cabang perkapalannya, Ocean Bunkering Services.
"Ocean Bunkering Services adalah pemain utama dalam sektor pengisian bahan api Singapura. Walaupun terdapat beberapa kesan sampingan melalui kesukaran kredit kepada pemain dalam operasi pengisian bahan api lain, ia masih terkawal," katanya.
Khaw, yang juga Menteri Penyelaras Infrastruktur berkata pembekal pengisian bahan api sedia ada yang lain segera tampil untuk mengisi jurang tersebut.
"Ini juga kebetulan apabila MPA (Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura) menawarkan tawaran untuk pembekal pengisian bahan api baharu pada bulan Disember tahun lepas.
"Kami telah menilai tawaran dan dua pembekal baharu akan mendapat lesen pengendali kapal pengisian bahan api hari ini," katanya.
Menurut laporan, Hin Leong, ditubuhkan pada tahun 1963, mengemukakan permohonan moratorium hutang di Mahkamah Tinggi Singapura pada Jumaat.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, MPA mengumumkan telah memberikan dua lesen pembekal bunker kepada Minerva Bunkering dan TFG Marine.
Pihak berkuasa juga berkata bahawa perkhidmatan pengisian bahan api di Pelabuhan Singapura dan perdagangan minyak kekal utuh walaupun penularan COVID-19 di peringkat global.
Penjualan bunker di Singapura meningkat 5.4 peratus kepada 12.72 juta tan pada suku pertama 2020 daripada 12.07 juta tan pada tahun sebelumnya, katanya.
Kemasukan Minerva Bunkering dan TFG Marine akan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab pengisian bahan api dan perdagangan minyak global, kata MPA.
"Ia menjadikan jumlah pembekal bunker berlesen MPA meningkat kepada 45 orang di Pelabuhan Singapura," katanya.
MPA berkata Minerva Bunkering dan TFG Marine masing-masing juga akan diminta mengendalikan sekurang-kurangnya dua kapal bunker menggunakan bahan api bersih.
"Ini akan membantu mendorong aktiviti bunker yang lebih lestari di Pelabuhan Singapura," katanya.
Sehingga kini, terdapat lebih daripada 70 pemain dalam sektor perdagangan bahan api bunker Singapura. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahan api
#COVID-19
#koronavirus
#kredit
#mahkamah
#minyak
#MPA
#Ocean Bunkering Services
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan