KUCHING: Singapura akan membuka sebuah hospital di Sarawak sebagai salah satu strategi memaksimumkan perkhidmatan kesihatannya melangkaui sempadan negara itu.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain tukaran mata wang yang rendah, Singapura turut menilai impak jangka panjang kepada industri pelancongan kesihatan Singapura selepas pengoperasian ibu kota Indonesia, Nusantara di Kalimantan kelak.
Jelasnya, pendaftaran sesi rawatan yang memberangsangkan oleh penduduk Kalimantan di negara itu memungkinkan Singapura membuka sebuah fasiliti perubatan di Sarawak di samping hospital swasta lain.
“Kini kita memiliki beberapa hospital swasta dan salah satunya yang akan datang ialah daripada Singapura.
"Bayaran perubatan di Singapura sangat tinggi, di sini (Sarawak) kita gunakan mata wang ringgit.
"Jika mereka buka cawangan hospital di sini, ramai klien mereka dari Indonesia yang berjiran dengan Sarawak akan datang bagi mendapatkan rawatan.
“Nusantara dijangka akan menghimpunkan lebih 30 juta populasi dan kedudukannya yang hampir dengan Kuching memungkinkan kita untuk memperluaskan jaringan ART (Autonomous Rail Transit) sehingga ke Pontianak, dan kita sedang melihat perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Business Federation (SBF) dan National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) di Kuching pada Isnin.
Tambah Abang Jo, keupayaan dan komitmen Sarawak menjalankan kajian biodiversiti serta menubuhkan pusat penyelidikan perubatan antara mekanisme penting bagi menyuburkan pelancongan kesihatan di Sarawak.
“Kekayaan sumber biodiversiti mendorong kita untuk melaksanakan penyelidikan perubatan merangkumi penyakit berjangkit, juga penghasilan vaksin, namun ia mesti dilakukan oleh pakar, jadi kita bekerjasama dengan Singapura dan Universiti Johns Hopkins.
“Jadi kita bina sebuah makmal penyelidikan bernilai RM200 juta di Samarahan dan kajian akan melibatkan pakar dari Singapura, Amerika Syarikat menerusi Universiti Johns Hopkins yang akan membantu dalam mendapatkan akreditasi antarabangsa dalam penyelidikan,” katanya.
Sehingga kini Sarawak memiliki sekurang-kurangnya 11 hospital swasta yang majoritinya beroperasi di bahagian Kuching, Miri dan Sibu.
Sebelum ini Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) melaporkan bahawa pelancongan perubatan telah menyumbang sebanyak RM1.7 bilion pada 2019.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Mar 29 2022

Singapura akan membuka sebuah hospital di Sarawak sebagai salah satu strategi memaksimumkan perkhidmatan kesihatannya melangkaui sempadan negara itu. -Gambar hiasan/Freeimages

Alasan kenaikan OPR untuk kurangkan kadar inflasi sukar diterima - Asyraf Wajdi
Katanya, keluarga yang mempunyai beberapa pinjaman bank mungkin akan bertambah perbelanjaan bulanan sebanyak ratusan ringgit.

Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai - ROS
Pindaan perlembagaan UMNO ialah bagi memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa parah dihantar ke PPUKM dan HKL manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kemalangan | Pemandu maut rempuh tembok pembahagi plaza tol
Seorang pemuda maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh tembok pembahagi Plaza Tol Penchala arah selatan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) awal pagi tadi.

Banjir | Pahang bantu hantar 150 sukarelawan ke Baling
Pahang menghantar 150 sukarelawan bersama bantuan kemanusiaan dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menurutnya, ia terdiri dari Majlis Tindakan Sosial Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan Skuad Bencana Pahang termasuk sukarelawan dari beberapa daerah lain di negeri itu.

Aktiviti membeli saham murah dorong FBM KLCI dibuka tinggi
Pada jam 9.05 pagi, indeks utama meningkat sebanyak 2.44 mata kepada 1,423.29 daripada 1,420.85 penutupan urus niaga Rabu.

AWANI Ringkas: Kedudukan minyak masak, ayam dan telur

Ekonomi | OPR: Langkah BNM depani kenaikan dolar AS
Lebih banyak kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) akan berlaku, kata Pakar Ekonomi UOB, Julia Goh, Beliau turut menjangkakan sekurang-kurangnya satu lagi kenaikan pada bulan September, yang akan membantu menaikkan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Musim Haji 1443H | Khutbah Arafah bakal di terjemahkan ke 14 bahasa
Khutbah Arafah merupakan salah satu acara penting dalam pelaksanaan ibadah haji dan bagi musim 1443H/2022M, pihak berkuasa Arab Saudi menyediakan terjemahan dalam 14 bahasa. Ia bagi membolehkan inti pati khutbah yang menyeru kepada keadilan, toleransi dan kesederhanaan Islam disebarluaskan sebaik mungkin, sesuai dengan perkembangan teknologi digital ketika ini. Ikuti laporan Editor Astro AWANI, Nazri Kahar di Mekah, Arab Saudi.

Mat Kilau: Padang Koba Telok Bakong destinasi pelancongan terbaharu Perak
Pihaknya sedia melihat cadangan bagi menjadikan lokasi itu sebagai sumber produk pelancongan baharu negeri.

Singapura bakal buka hospital di Sarawak, perkasa industri pelancongan perubatan
Selain tukaran mata wang yang rendah, Singapura turut menilai impak jangka panjang kepada industri pelancongan kesihatannya.