awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari - BPNB
Negeri Sembilan mampu tingkat pelaburan cecah RM8 bilion tahun ini - Aminuddin
MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura, Malaysia bersetuju bersama-sama tangani cabaran COVID-19

Bernama
Bernama
13/07/2020
04:46 MYT
Singapura, Malaysia bersetuju bersama-sama tangani cabaran COVID-19
Persetujuan itu dicapai oleh perdana menteri masing-masing, Lee Hsien Loong dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
Singapura dan Malaysia bersetuju supaya kerajaan masing-masing wajar meneruskan kerjasama dalam usaha menangani cabaran bersama yang dihadapi daripada pandemik COVID-19.
Persetujuan itu dicapai oleh perdana menteri masing-masing, Lee Hsien Loong dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negara (MFA) republik itu pada awal Isnin.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan perbualan pada Ahad antara Lee dengan Muhyiddin yang menghubungi pemimpin Singapura itu menerusi telefon untuk mengucapkan tahniah kepada beliau atas kejayaan parti pimpinannya Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi pilihan raya umum.
Pada pilihan raya umum 10 Julai, PAP dipimpin Lee, selaku Setiausaha Agung parti itu, kekal berkuasa selepas memenangi 83 daripada 93 kerusi yang dipertandingkan.
Menurut kenyataan itu, Lee dan Muhyiddin turut berbincang mengenai hubungan kukuh dan positif antara kedua-dua negara.
Kedua-dua pemimpin menyambut baik kemajuan dicapai kedua-dua pihak dalam pelbagai inisiatif dua hala, termasuk projek kesalinghubungan rentas sempadan dan pergerakan rakyat, katanya.
Muhyiddin, dalam catatan di laman Facebook beliau pada Ahad, menyentuh tentang panggilan telefon kepada Lee dan berkata, antara lain, beliau yakin hubungan dua hala sedia ada akan terus bertambah kukuh di bawah kepimpinan Lee.
Beliau berkata mereka menzahirkan komitmen masing-masing untuk mengadakan pertemuan selepas situasi COVID-19 di kedua-dua negara telah reda untuk membincangkan pelbagai isu dengan lebih lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kerajaan
#Lee Hsien Loong
#Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan