SINGAPURA: Singapura dan Malaysia berharap perjalanan rentas sempadan dapat dibuka semula apabila keadaan COVID-19 di kedua-dua negara bertambah baik, kata Menteri Pengangkutan republik ini S. Iswaran.
Menerusi hantaran terbaru di Facebook rasminya, Iswaran berkata, beliau telah membuat panggilan video dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong pada Jumaat.
"Kami berbincang pelbagai isu mengenai kerjasama Malaysia dan Singapura. Kedua-dua pihak akan terus melabur pada masa depan," tulisnya.
Iswaran sebelum ini menerajui Kementerian Komunikasi dan Penerangan, kemudian dilantik menjadi Menteri Pengangkutan berkuat kuasa 15 Mei lalu.
"Datuk Seri dan saya bersama-sama sepakat mengenai pentingnya meneruskan kerja-kerja untuk Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura, yang akan memperkukuh lagi hubungan apabila perjalanan rentas sempadan disambung semula.
"Kami juga setuju untuk meneruskan kerjasama erat di platform antarabangsa seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa, terutama mengenai isu transnasional jangka panjang seperti perubahan iklim dan pengangkutan mampan," tulisnya lagi.
Iswaran berkata kedua-dua pihak akan terus berhubung dan bekerjasama rapat untuk manfaat kedua-dua negara.
Menerusi hantaran yang sama beliau turut mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya: "Masa kanak-kanak dulu, setiap kali keluarga saya pergi ke Pulau Pinang, saya akan singgah di Ayer Hitam - kawasan Datuk Seri.
"Beliau mempelawa saya untuk mengunjungi Ayer Hitam lagi untuk menikmati keenakan kopi dan durian Musang King apabila keadaan COVID-19 bertambah baik. Tak sabar untuk memenuhi undangan beliau!".
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 12 2021
Iswaran antara lain menekankan mengenai pentingnya meneruskan kerja-kerja untuk Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura, yang akan memperkukuh lagi hubungan apabila perjalanan rentas sempadan disambung semula. - Facebook S Iswaran
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.