awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sisa daging babi bertaburan mahu dibawa ke tapak pelupusan - Polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/01/2023
22:00 MYT
Sisa daging babi bertaburan mahu dibawa ke tapak pelupusan - Polis
Gambar sisa daging khinzir berkenaan tular di laman sosial hingga mencetuskan kebimbangan orang ramai. - Foto hsan pembaca Astro AWANI
KEPALA BATAS: Polis mengesahkan sisa daging khinzir yang ditemui bertaburan di Jalan Pokok Tampang menghala ke Lahar Yooi, Tasek Gelugor pagi Sabtu, dalam perjalanan untuk dibawa ke tapak pelupusan untuk dilupuskan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Nor Salawati Saad berkata, kejadian disedari orang awam kira-kira jam 6 pagi Sabtu sebelum tampil membuat laporan polis berhubung penemuan sisa khinzir tersebut.
Menurutnya, siasatan awal mendapati sisa daging khinzir tersebut adalah hasil dari pusat penyembelihan untuk dibawa ke tempat pelupusan.
"Kerja-kerja pembersihan sisa-sisa daging khinzir telah dijalankan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan syarikat yang bertanggungjawab terhadap daging khinzir terbabit," katanya dalam kenyataan pada Sabtu malam.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Peruntukan Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Dalam pada itu, Salawati menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar berhubung kejadian berkenaan kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.
Terdahulu, gambar sisa daging khinzir berkenaan tular di laman sosial hingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Pada Jumaat, Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) di negeri itu sebagai bencana selepas tujuh ladang ternak babi dijangkiti penyakit itu.
Topic Berkaitan
#daging babi bertabur
#atas jalan
#pulau pinang
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan