SISTEM D-Media yang berperanan sebagai hab tunggal bagi informasi digital yang mesra pengguna, interaktif dan terkini kepada pengamal media di Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 12 Disember 2022 (Isnin).

Sistem tersebut meliputi penyampaian maklumat secara digital sepenuhnya kepada pihak media seperti Nota Kepada Pengarang, Siaran Media, Kenyataan Media dan Pusat Media yang dimuat naik oleh kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan.

Pembangunan sistem ini juga selari dengan perkembangan kemajuan komunikasi digital seterusnya sebagai satu kemudahan kepada pengamal media dalam menerima maklumat dengan lebih pantas dan semasa. Sistem D-Media boleh diakses oleh pengamal media dan juga orang awam melalui pautan https://dmedia.penerangan.gov.my/.

Ini merupakan perkhidmatan penyampaian maklumat yang ditawarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan bagi memudahkan pengurusan makluman media seluruh Malaysia.



Bilik Berita
Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK)
Jabatan Penerangan Malaysia
03-8911 7381
15 Disember 2022