Sistem e-Invois LHDN capai 106,000 pengguna, nilai transaksi lebih RM675 juta

Pelaksanaan e-Invois adalah satu langkah besar ke arah digitalisasi menyeluruh. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Pelaksanaan Sistem e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan lebih 106,000 pembayar cukai dengan transaksi berjumlah lebih RM675 juta, setakat ini.
Ringkasan AI
- Sistem e-Invois LHDN mencatat lebih 106,000 pembayar cukai dengan transaksi melebihi RM675 juta, menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan.
- Timbalan Menteri Kewangan menekankan bahawa e-Invois adalah langkah besar ke arah digitalisasi menyeluruh yang meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan integriti sistem percukaian negara.
- Pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri duti setem mulai 1 Januari 2026 dipuji sebagai inovasi progresif yang mempercepat urusan dan menjimatkan masa pelanggan, sambil menekankan keperluan sentiasa menggabungkan inovasi dan integriti untuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi.
Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti 2025 LHDN di Menara Hasil Cyberjaya, Selangor, yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.
Pada masa sama, Lim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga LHDN atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan sistem percukaian negara terus berfungsi dengan cekap serta berintegriti.
Selain itu, beliau menyifatkan kejayaan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS) duti setem yang akan bermula 1 Januari 2026 sebagai satu lagi bukti inovasi progresif LHDN.
Melalui sistem itu, pembayar duti diberi kepercayaan menaksir sendiri kadar dan amaun duti, sekali gus mempercepat urusan serta menjimatkan masa pelanggan.
Beliau juga menekankan bahawa nilai inovasi dan integriti perlu sentiasa digerakkan seiring bagi membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan dipercayai oleh rakyat.
"Inovasi tanpa integriti boleh membawa kepada penyalahgunaan manakala integriti tanpa inovasi boleh menyebabkan kita ketinggalan. LHDN telah membuktikan kedua-duanya boleh bergerak seiring dan berani mencuba perkara baharu sambil kekal berpaksikan nilai amanah dan tanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


