Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Konsortium Universiti melancarkan Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti (e-Scroll) menggunakan teknologi Blockchain bagi mengatasi masalah ijazah palsu.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPM, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, tindakan mewujudkan e-Scroll bertujuan memelihara dan menjaga kualiti pendidikan tinggi di Malaysia.
Beliau berkata, bilangan ijazah palsu meningkat disebabkan ia boleh diperoleh dengan mudah di internet dan sebuah sistem yang selamat dan mantap diperlukan untuk mengatasinya.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul institusi pengajian tinggi pertama menggunakan sistem e-Scroll pada istiadat konvokesyen yang akan berlangsung Sabtu. Graduan akan menerima ijazah menggunakan kod khas sistem itu.
"Menyedari perlunya menjaga reputasi dan integriti universiti-universiti Malaysia, KPM telah mengambil tindakan proaktif untuk mencegah kes-kes penipuan ijazah palsu dan pada masa yang sama tidak merugikan penuntut-penuntut yang benar-benar jujur dan berintegriti," kata beliau.
Jelas beliau, idea membangunkan sistem itu telah dirumuskan pada Januari 2018 oleh Majlis Dekan-dekan ICT (MADICT) universiti-universiti Malaysia.
Susulan rumusan itu, MADICT dan KPM bercadang menggunakan teknologi Blockchain untuk meningkatkan kecekapan dalam mengesahkan sijil yang asli, kata beliau.
Pada masa ini katanya, universiti-universiti Malaysia menerima ribuan permintaan dari seluruh dunia untuk tujuan pengesahan status ketulenan graduan masing-masing.
"Pengesahan sedemikian masih dilakukan melalui telefon dan e-mel yang boleh menyumbang kepada ketidakcekapannya," kata beliau.
Sistem e-Scroll yang berasaskan teknologi Blokchain semasa telah dibangunkan oleh pasukan yang diketuai oleh Prof Dato Dr Norbik Bashah Idris dari UIAM.
Ia menggunakan Blockchain NEM yang disepadukan dengan imbasan kod QR yang dicetak pada ijazah.
Menyedari pakar-pakar dalam teknologi itu sebenarnya boleh didapati di universiti tempatan kata beliau, KPM mencadangkan pembentukan sebuah Konsortium Universiti berkaitan dengan teknologi Blockchain untuk mempelajari penggunaan dan mengembangkan sistem tersebut.
Keanggotaan awal konsortium itu terdiri daripada enam Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), UIAM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Objektif utama di sebalik pembentukan konsortium adalah menyebarkan latihan kemahiran dan perkembangan teknologi dalam kalangan penuntut universiti dan akademik.
"Dalam jangka masa panjang, konsortium juga harus menawarkan penyelesaian berasaskan Blokchain standard, yang berpotensi untuk menjana pendapatan kepada universiti-universiti terbabit." kata beliau.
Kementerian juga telah melantik UIAM sebagai Ketua Konsortium semasa.
"Susulan pelancarannya, KPM menggalakkan universiti dan institusi pengajian tinggi lain di Malaysia untuk segera menyertai konsortium dan menggunakan sistem tersebut," kata beliau.
Astro Awani
Fri Nov 09 2018

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPM, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, tindakan mewujudkan e-Scroll bertujuan memelihara dan menjaga kualiti pendidikan tinggi di Malaysia. - Gambar hiasan

Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.

Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.

Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR

'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.

MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.

Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.

PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.

Ada dua ijazah, kuasai tiga bahasa tapi susah dapat kerja
Lohanny berkongsi kisah sedihnya itu menerusi satu video yang dimuat naik di media sosialnya dengan memegang resume.

KPT pertimbang laksana program TVET peringkat ijazah di politeknik
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan program peringkat ijazah dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET), di seluruh politeknik di Malaysia.

Memburu PhD dari tirai besi
Tidak ada yang mustahil untuk dicapai oleh sesorang banduan, yang mempunyai iltizam untuk berjaya sekalipun terpisah dari dunia luar.

Memartabatkan IPT: Ubah falsafah pendidikan, bebaskan dari cengkaman politik - Pakar
Falsafah dan peranan pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu diubah dan diperluaskan.

Ibu bapa sebak terima ijazah Anumerta anak
Tiada ungkapan mampu dilafazkan sepasang suami isteri tatkala menerima Anugerah Anumerta buat Allahyarham anak mereka pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia(USM) ke-60

Lebih 2,000 graduan terima ijazah, diploma sempena Istiadat Konvokesyen PUO
Konvokesyen kali ini turut memberi penghargaan dan penghormatan kepada graduan yang telah menunjukkan dedikasi dan iltizam yang tinggi.

11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak
Mereka memilih untuk mengikuti sesi pelajaran kami dalam ijazah sarjana ini pada setiap musim cuti sekolah sahaja.

Kekurangan diri tidak halang graduan OKU genggam ijazah di UPM
Bagi menolak persepsi masyarakat dan rakan-rakan, Ridzuan mengambil inisiatif dengan menyertai pelbagai aktiviti di kampus.

Bapa dan anak terima skrol serentak pada Majlis Konvokesyen UUM
Dua beranak itu antara 244 graduan yang menerima ijazah masing-masing pada sidang pertama majlis konvokesyen itu hari ini.

UiTM tangguh Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil pendekatan menangguhkan Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu yang dijadualkan bermula pada 7 November 2020.