awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem e-Sepakat kesan 47 isu berkaitan 3R pada suku pertama 2024

Bernama
Bernama
06/04/2024
12:15 MYT
Sistem e-Sepakat kesan 47 isu berkaitan 3R pada suku pertama 2024
Dalam satu kenyataan hari ini, Aaron berkata isu yang melibatkan agama, kenyataan berbaur kebencian dan perkauman itu menunjukkan peningkatan sebanyak 123 peratus. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Sistem e-Sepakat telah mengesan 47 isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) pada suku pertama tahun ini berbanding 21 isu pada tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Aaron berkata isu yang melibatkan agama, kenyataan berbaur kebencian dan perkauman itu menunjukkan peningkatan sebanyak 123 peratus.
Beliau berkata 1,454 kandungan berkaitan 3R diturunkan daripada platform media sosial sejak Januari hingga 31 Mac lepas, yang dikenal pasti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengandungi ucapan kebencian kaum (588 kes), ucapan kebencian agama (727) dan ucapan kebencian institusi diraja (139).
Bagi statistik laporan berkaitan isu pergaduhan kaum yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, menurutnya sebanyak 162 kes direkodkan di seluruh negara dengan kes tertinggi di Johor iaitu 53 kes, Selangor (34 kes) dan Pulau Pinang (23 kes).
"Walaupun Kementerian Perpaduan Negara tiada kuasa atau peruntukan khas seperti akta untuk mengambil tindakan dari segi perundangan, tetapi kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berperanan penting dalam membantu mengurus isu perpaduan.
"Antara mekanisme pengurusan isu perpaduan yang sedang dilaksanakan oleh JPNIN ialah pengesanan dan pemantauan isu perpaduan di peringkat akar umbi melalui sistem e-Sepakat," katanya.
Sistem e-Sepakat merupakan pusat pengumpulan data utama bagi pengurusan isu perpaduan sebagai mekanisme gerak kerja pengesanan, pemantauan dan pelaporan isu itu secara digital.
Aaron berkata sebagai sebuah negara yang memiliki kepelbagaian latar belakang, sikap hormat- menghormati dan tolak ansur perlu berada pada tahap yang tinggi serta dihayati setiap lapisan masyarakat.
Menurutnya pemahaman adalah kunci pada suatu penerimaan yang akan menepis segala kegusaran
"Maka, menjadi kemestian bagi kita untuk memahami budaya, bahasa, agama dan cara hidup setiap kaum yang ada di negara ini.
"Apabila kita saling memahami, maka ruang untuk saling menerima dan bertoleransi akan terbuka lebih luas serta jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan," katanya menambah langkah itu secara tidak langsung dapat memupuk semangat kesatuan dalam masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sistem e-Sepakat
#isu 3R
#Aaron Ago Dagang
#agama bangsa dan institusi raja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan