PUTRAJAYA: Tempoh kelulusan bagi enam jenis lesen kini dipendekkan daripada tujuh hari kepada 24 jam sahaja melalui Sistem i-Lesen yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Menterinya Nga Kor Ming berkata enam lesen itu ialah Lesen Kutipan Komersial, Perindustrian, Keinstitusian; Lesen Kutipan Isi Rumah; Lesen Pembersihan Awam; Lesen Kutipan Pembinaan; Lesen Pengangkutan Jauh dan Lesen Pelupusan Operasi Fasiliti.
Beliau berkata Sistem i-Lesen yang dibangunkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu akan dapat meningkatkan tahap produktiviti sehingga 90 peratus berbanding sebelum ini.
"Melalui Sistem i-Lesen, tempoh masa yang diambil oleh JPSPN untuk meluluskan permohonan lesen adalah 24 jam setelah bayaran dibuat, berbanding tujuh hari sebelum ini melalui kaedah manual," katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Inisiatif Digitalisasi Industri Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara di sini hari ini.
Dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib, Nga berkata pembayaran fi lesen melalui Sistem i-Lesen itu dapat dibuat "secara serta merta, pada bila-bila masa dan di mana jua pemohon lesen berada", berbanding kaedah terdahulu iaitu bayaran secara manual di kaunter JPSPN.
Beliau berkata lebih 9,000 pemain industri perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam boleh membuat pembayaran fi lesen melalui Financial Process Exchange (FPX) dengan mana-mana 33 institusi perbankan yang bekerjasama dengan Affin Islamic Bank Bhd.
"Transaksi secara tanpa sentuhan ini secara tidak langsung akan mengurangkan masa dan tenaga yang diperlukan oleh pihak syarikat untuk hadir secara fizikal di kementerian ini untuk membuat pembayaran fi lesen secara manual," katanya.
Sementara itu, Nga berkata KPKT bersama JPSPN merancang untuk mengadakan program pembangunan kompetensi untuk warga kerja dalam pengurusan sisa pepejal dengan pemberian kad kompetensi pekerja.
Beliau berkata kad kompetensi menjadi pengiktirafan bagi pekerja di lapangan yang dipastikan telah menerima latihan yang betul dan mempunyai pemahaman asas mengenai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) serta peraturan-peraturan di bawah akta itu.
Menurutnya, terdapat kira-kira 18,289 pekerja tempatan yang terlibat dalam sektor pekerjaan 3D (sukar, berbahaya dan kotor) yang boleh ditingkatkan kemahiran mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Melalui Sistem i-Lesen, tempoh masa yang diambil oleh JPSPN untuk meluluskan permohonan lesen adalah 24 jam setelah bayaran dibuat, berbanding tujuh hari sebelum ini. - Gambar fail/Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Sistem i-Lesen pendekkan tempoh kelulusan enam lesen kepada 24 jam
Tempoh kelulusan bagi enam jenis lesen kini dipendekkan daripada tujuh hari kepada 24 jam sahaja melalui Sistem i-Lesen.