awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem imbasan cap jari Singapura diharap tidak menyusahkan - Liow

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2017
09:15 MYT
Sistem imbasan cap jari Singapura diharap tidak menyusahkan - Liow
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia menerima baik pendirian republik itu namun berharap ianya dapat dilakukan dengan mengambil kira kemudahan pelawat. - Foto Fail
Malaysia berharap ujian imbasan cap jari kepada semua pelawat di kaunter pemeriksaan yang bakal diperluas oleh Singapura tidak menimbulkan permasalahan lain seperti kesesakkan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia menerima baik pendirian republik itu namun berharap ianya dapat dilakukan dengan mengambil kira kemudahan pelawat.
Jelasnya, negara juga mempunyai sistem tersendiri bagi memastikan keselamatan di pintu masuk dan akan melaksanakan Sistem tag pengenalan frekuensi (RFID).
"Ia sepatutnya memberi keselesaan dan memudahkan akses kepada orang ramai.
“Malaysia juga ada sistem kita untuk memastikan keselamatan dalam negara kita. Kenderaan yang masuk perlu ada RFID serta caj bayaran jalan,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Alibaba Global Course di Forest City, dekat sini, hari ini.
Pada Isnin, pihak berkuasa Singapura dalam satu kenyataan berkata ujian terhadap sistem imbasan cap jari bagi semua pelawat asing akan diperluaskan tidak lama lagi.
Sebelum ini, ujian sistem imbasan cap jari hanya dikuatkuasakan kepada penumpang bas dan keretapi, termasuk lori dan kenderaan barangan sejak April tahun lalu.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura dalam kenyataannya berkata, ujian itu akan diperluas kepada pelawat yang memasuki negara itu dengan kereta.
Ia diguna pakai terhadap pelawat berusia enam tahun ke atas bagi pemandu dan penumpang kenderaan.
Menurut kenyataan itu, pemandu dan penumpang akan diminta keluar dari kereta bagi membolehkan imbasan cap jari dilakukan ketika pemeriksaan imigrisen dilakukan.
Difahamkan bahawa pemeriksaan yang diperluaskan kepada pelawat yang menaiki kereta itu dalam peringkat ujian dan akan dipantau rapi mengikut proses yang akan disesuaikan mengikut ICA.
Topic Berkaitan
#imbasan cap jari
#Imigresen
#Liow Tiong Lai
#RFID
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan