awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem meritokrasi rugikan kaum India - PM Najib

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/10/2017
11:23 MYT
Sistem meritokrasi rugikan kaum India - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tersenyum ketika mendengar ucapan penggulungan yang disampaikan oleh Presiden IPF Malaysia Datuk M. Sambanthan - foto BERNAMA
Sistem meritokrasi pengajian tinggi pada ketika ini menjadi punca kekurangan pelajar kaum India di universiti awam tempatan.
Perkara tersebut diakui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melihat sekiranya sistem itu berterusan, ia akan terus merugikan kaum India.
"Kalau kita membiarkan dasar meritokrasi dilaksanakan sepenuhnya, maka yang akan jadi mangsa masyarakat kaum India.
"Dasar meritokrasi mula dilaksanakan bukan dalam zaman saya tetapi zaman orang lain dan dasar ini tidak membantu masyarakat orang India.
"Kalau kita tidak buat sesuatu, mungkin penyertaan di peringkat institut pengajian tinggi (IPT) antara 3 hingga 4 peratus sahaja dan bukan sampai 7 peratus sekali gus merugikan masyarakat kaum India," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-25 di sini hari ini.
Beliau sebelum ini telah mengarahkan penambahan sebanyak 700 tempat kepada pelajar-pelajar kaum India di peringkat IPT.
Selain itu, 1,500 tempat turut ditawarkan kepada pelajar kaum India di peringkat matrikulasi.
Malah, jelas Najib peruntukan sebanyak RM900 juta telah disalurkan untuk membangunkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil sejak beliau menjawat jawatan sebagai perdana menteri.
Justeru, katanya kerajaaan Barisan Nasional (BN) bukan hanya bercakap kosong sebaliknya membuat kerja demi rakyat.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#IPT
#kaum india
#meritokrasi
#Najib Razak
#pendidikan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan