GUA MUSANG: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) membolehkan masyarakat Orang Asli tidak tercicir daripada menerima bantuan yang disediakan kerajaan pada tahun ini.
Along Angah, 33, dari suku kaum Temiar yang tinggal di Pos Belatim, berkata dia sanggup menunggang motosikal untuk hadir di kaunter PADU pada Program Jelajah eKasih@Galas di Dewan Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang semalam yang menyaksikan penglibatan hampir 30 agensi kerajaan.
Dia dan keluarganya sedia maklum mengenai manfaat PADU yang bertujuan memberi bantuan bersasar serta sanggup menempuh perjalanan sejauh hampir 80 kilometer.
"Saya mendapat maklumat bahawa kaunter PADU dibuka di sini bermula semalam, jadi saya datang ke sini untuk mendaftar bersama adik kerana proses menjadi lebih mudah kerana kami tidak tahu melayari laman sesawang untuk mendaftar sendiri.
"Kita tidak mahu ketinggalan mendaftar kerana kita tahu menerusi PADU, kita mudah mendapat bantuan kerana semua data dikemas kini ke dalam sistem," katanya kepada pemberita di padang Dewan Kompleks itu.
Bagi Peter Along, 36, Orang Asli dari Kampung Podek, Rancangan Pengumpulan Semula Kuala Betis, dia dan beberapa rakan sekampung tidak mahu melepaskan peluang untuk mendaftar di kaunter yang dibuka seawal 9 pagi hingga 5 petang.
"Pendaftaran sangat mudah dan cepat kerana dibantu petugas jabatan berkenaan malah kami sudah membawa dokumen pengenalan diri serta ahli keluarga untuk mengisi maklumat ke dalam sistem," katanya.
Dua beradik Orang Asli iaitu Yusa Ramli, 34, dan Sarohin Ramli, 27, juga tidak ketinggalan mengemas kini profil mereka di reruai Jabatan Perangkaan Negeri semalam.
Yusa berkata sebelum ini dia menerima Sumbangan Tunai Rahmah pada 2023 dan ingin menikmati pelbagai inisiatif lain menerusi PADU.
Sarohin pula berkata kaunter pendaftaran PADU yang dibuka selama dua hari itu membantu masyarakat Orang Asli yang berdepan masalah buta huruf dan tidak celik teknologi.
"Kita harap kaunter PADU akan dapat dibuka juga di kawasan pedalaman seperti Pos Gob dan Pos Simpor kerana tidak semua penduduk mempunyai kenderaan untuk ke sini terutama apabila jalan balak rosak." katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Sarohin berkata kaunter pendaftaran PADU yang dibuka selama dua hari itu membantu masyarakat Orang Asli yang berdepan masalah buta huruf dan tidak celik teknologi. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
PADU ada data asas 30 juta rakyat Malaysia
Data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi sedangkan yang diperlukan sekarang adalah data dinamik.
Hari terakhir kemas kini data dalam PADU
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sebanyak 9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU
Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.