awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem pemeriksaan imigresen NIISE dilengkapi pengesanan wajah, tingkat tahap keselamatan

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2020
10:07 MYT
Sistem pemeriksaan imigresen NIISE dilengkapi pengesanan wajah, tingkat tahap keselamatan
Sistem ini akan mempertingkatkan tahap keselamatan dan kualiti proses dokumentasi. -Bernama
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melengkapkan Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISE) dengan kaedah biometrik dan pengesanan wajah yang dijangka diguna pakai dua tahun lagi.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sistem itu yang sedang dibangunkan di bawah Inisiatif Program Digital Malaysia akan digunakan di semua pintu masuk negara.
Katanya sistem ini akan mempertingkatkan tahap keselamatan dan kualiti proses dokumentasi pergerakan keluar masuk negara.
"Sebagai contoh, pekerja asing yang disenarai hitam kerana lari daripada majikan, ketika ini ada kemungkinan dia masuk semula guna pasport lain (dokumen palsu guna identiti lain).
"Selepas ini, keadaan ini tidak lagi berlaku kerana kita (sistem) sudah rekodkan wajahnya," katanya pada sidang media selepas menghadiri masyuarat di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, hari ini.
Sebelum ini, KDN menyatakan sistem NIISE ini bakal menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).
Ia berikutan Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kegagalan MyIMMs yang mengalami gangguan sistem sebanyak 4,489 kali bagi tempoh 2016 hingga 2018.
Berikutan gangguan itu, seramai 214,398 daripada 912,374 warga asing tidak mempunyai rekod keluar malaysia sehingga 15 April lalu.
Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata kaunter pemeriksaan imigresen akan ditambah di CIQ BSI iaitu daripada 25 kepada 40 kaunter bagi mengurangkan kesesakan apabila sempadan kembali dibuka.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#keselamatan
#Malaysia
#myimms
#niise
#pekerja asing
#sempadan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan