PUTRAJAYA: Sistem pendidikan negara mesti sinonim dengan pembangunan negara, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata ia selaras dengan pelbagai perubahan yang berlaku di sekeliling rakyat setiap masa dengan kemunculan teknologi-teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
"Mengimbangi pembangunan negara dengan sistem pendidikan adalah penting untuk bergerak ke hadapan. Semua ini akan diteliti semasa kita merancang pelan tindakan pendidikan seterusnya dari 2026 hingga 2035," katanya dalam kenyataan hari ini, selepas lawatan rasminya ke Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing untuk menyaksikan usaha universiti itu dalam memajukan program-program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) program.
Semasa lawatannya ke universiti itu Zambry memuji Limkokwing kerana menjadi pelopor dalam pendidikan seni kreatif dan menjadi mercu tanda kecemerlangan akademik Malaysia, di samping Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang lain, atas dedikasi mereka menawarkan pelbagai program TVET, termasuk program-program credential-mikro.
Beliau berkata program-program ini penting untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan praktikal, memastikan mereka bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan dan daya saing Malaysia di persada global.
"Limkokwing telah beroperasi selama 35 tahun dengan kampus di seluruh dunia dan ia adalah antara universiti yang membawa jenama Malaysia ke negara lain. Saya di sini untuk melihat bagaimana ia dilaksanakan.
"Saya diberitahu terdapat pelajar dari 160 negara di sini dan ini adalah satu pencapaian yang baik kerana ia membawa jenama Malaysia ke negara lain," katanya.
Sementara itu ketua pegawai jenama kumpulan Universiti Limkokwing Datuk Tiffanee Marie berkata ketika universiti mengumumkan rancangannya ke arah platform TVET yang paling maju di Malaysia, adalah penting untuk memperkasakan generasi baharu pemimpin dengan Limkokwing.
"Tidak syak lagi dron AI, meta-influencer dan semua teknologi baharu ini telah pun membawa kita ke dalam dunia digital baharu yang hebat - kemahiran manusia dalam diri kita juga menentukan kejayaan Industri 4.0 dan ia tidak boleh diperkecilkan," katanya.
Baru-baru ini Universiti Limkokwing meraikan kejayaan penting dengan perkongsian global terkininya dengan 15 pihak yang terkemuka dari China, India, Australia, Perancis, Indonesia, Timor-Leste, Kanada dan Emiriah Arab Bersatu.
Acara itu sejajar dengan visi kerajaan untuk kerjasama antarabangsa dalam pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Zambru berkata, ia selaras dengan pelbagai perubahan yang berlaku di sekeliling rakyat setiap masa dengan kemunculan teknologi-teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI). - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
Sistem pendidikan perlu sinonim dengan pembangunan negara - Zambry
Ia selaras dengan pelbagai perubahan yang berlaku di sekeliling rakyat setiap masa dengan kemunculan teknologi-teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
Agenda TVET perlu diangkat, diiktiraf dalam sistem pendidikan arus perdana - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu agenda TVET terus diangkat dan diiktiraf dalam sistem pendidikan arus perdana negara.
'Perbetulkan kompas pendidikan negara'
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sistem pendidikan negara adakalanya tersasar.
Ketandusan bakat: Sistem pendidikan perlu dirombak - Syed Saddiq
Perbelanjaan negara kepada sektor pendidikan jauh lebih tinggi berbanding negara maju tapi kualiti hasilnya tidak setimpal.
RMK-12: Kerajaan tambah baik sistem pendidikan negara, tangani isu pasaran pekerjaan - PM
Perdana Menteri berkata pembangunan bakat merupakan elemen penting dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi
Martabat sistem pendidikan: Akui masalah, usah ego untuk tambah baik - PAGE
Pembaharuan pemikiran untuk mengubah cara pengajaran agar lebih berkesan dalam proses meningkatkan keberhasilan murid.
UAE setuju bantu transisi pendidikan digital Malaysia
Perdana Menteri kemukakan kesan pandemik COVID-19 terhadap sistem pendidikan negara kepada Putera Mahkota Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
Sivik, Pendidikan Moral perlu jadi silibus penting
Majikan sama ada daripada agensi kerajaan atau swasta digesa untuk mewujudkan latihan pengurusan organisasi.
Pelaburan berterusan bantu kurangkan jurang digital - Faizal Tahir
Faizal Tahir berkata usaha melipatgandakan penggunaan teknologi harus dilakukan dengan segera bagi mengelakkan kesan jangka panjang yang menyebabkan lebih ramai pelajar yang tercicir.