awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem perlindungan sosial baharu sedang dibincangkan - Salahuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
01/01/2023
21:30 MYT
Sistem perlindungan sosial baharu sedang dibincangkan - Salahuddin
Salahuddin berkata kementeriannya turut mengatur perancangan program baharu KPDN iaitu Bakul Rahmah melalui perbincangan bersama pemain industri seperti 99 Speedmart, Mydin, NSK dan Giant. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan bahawa kementeriannya sedang melaksanakan perbincangan bagi program ‘Sistem Perlindungan Sosial Baharu’ di dalam negara.
Beliau berkata, proses yang masih di peringkat perbincangan itu dilakukan bersama tokoh ekonomi universiti utama tempatan yang bersedia menyumbang kepakaran mereka dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Menurutnya, itu merupakan antara sembilan langkah dilaksanakannya dalam tempoh sebulan selepas beliau menjawat jawatan tersebut.
Antara tindakan lain diambil beliau adalah mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri minyak sawit dan simen serta melancarkan Ops Terjah selama satu bulan bagi tujuan mengawal kestabilan bekalan dan harga barangan keperluan asas.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kementeriannya turut mengatur perancangan program baharu KPDN iaitu Bakul Rahmah melalui perbincangan bersama pemain industri seperti 99 Speedmart, Mydin, NSK dan Giant.
“Program baru 'Rezeki Suri' juga telah dicadangkan bersama, semasa libat urus dengan Dewan Perniagaan Islam Malaysia Kementerian sedang meneliti pelaksanaannya dalam kadar segera,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.
Salahuddin berkata, memandangkan KPDN tdak bersendirian dalam mendepani agenda besar menangani isu kos sara hidup, sesi kerjasama juga dijalankan di peringkat tertinggi kementerian lain iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan Kementerian Ekonomi.
Katanya, Sekretariat Tetap rentas kementerian juga telah diputuskan bagi melaksanakan segala dasar dan strategi kementerian yang terlibat dengan agenda kos sara hidup. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Kerajaan Perpaduan
#kos sara hidup
#Sistem Perlindungan Sosial Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan