awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem Prasarana Komuniti Pintar diperluas ke luar bandar

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2016
08:58 MYT
Sistem Prasarana Komuniti Pintar diperluas ke luar bandar
Najib melihat paparan skrin mengenai sistem tebatan banjir yang sentiasa dikemas kini ketika merasmikan projek perintis Sistem Prasarana Komuniti Pintar (iComm) Kampung Padang Rumbia. - Foto Bernama
Datuk Seri Najib Razak mahu Sistem Prasarana Komuniti Pintar (iComm) diperluaskan ke kawasan luar bandar kerana dapat membantu meningkatkan aspek keselamatan penduduk luar bandar.
Katanya, menerusi iComm, kawalan keselamatan lebih mudah dilakukan dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sistem itu seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan keupayaan pemantauan jarak jauh secara tepat, memberi manfaat kepada penduduk.
"Kalau kita sebut tentang ancaman keselamatan, Sabah timur kawasan yang kita boleh pasang sistem ini, di Lahad Datu, Semporna, Sandakan supaya kalau ada orang yang menyeberang masuk membolosi sempadan kita daripada luar, kita boleh tangkap dia.
"Kita harap cara seperti ini banyak manfaat dari segi kepentingan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan iComm Kampung Padang Rumbia di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau; Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur; Pengerusi MIMOS Berhad, Datuk Omar Kaseh serta Presiden dan Ketua Eksekutif MIMOS Berhad, Datuk Abdul Wahab Abdullah.
Dalam ucapannya, beliau turut meminta penduduk Kampung Padang Rumbia memanfaatkan kemudahan iComm yang juga satu daripada inisiatif di bawah program inovasi sosial Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sistem itu merangkumi rangkaian litar tertutup, alat pemantau paras air sungai dan platform komunikasi mudah alih berasaskan internet.
Kampung Padang Rumbia adalah komuniti desa pertama di Malaysia yang mendapat faedah daripada projek rintis yang juga bertujuan memanfaatkan ICT untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi penduduk.
"Melalui sistem ini, kita dapat mengesan kenaikan paras Sungai Pahang, sekali gus penduduk kampung boleh bersiap sedia untuk berpindah dan menunggu arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa," katanya.
Topic Berkaitan
#iComm
#kawalan keselamatan
#luar bandar
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan