awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem tekanan rendah punca hujan lebat di Sarawak - Tangau

Bernama
Bernama
22/02/2016
00:00 MYT
Sistem tekanan rendah punca hujan lebat di Sarawak - Tangau
Orang ramai dinasihatkan agar mengikuti perkembangan amaran hujan lebat yang dikeluarkan melalui media massa dari semasa ke semasa. - Gambar hiasan
Hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak disebabkan sistem tekanan rendah di Sarawak dan Kalimantan yang menggalakkan pembentukan awan hujan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata keadaan hujan lebat sejak semalam itu dijangka akan berterusan sehingga Isnin.
"Jumlah taburan hujan yang direkodkan di Kuching semalam adalah sebanyak 237 mm dan 114.6 mm sehingga 4 petang hari ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Beliau berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan beberapa siri amaran mengenai keadaan hujan lebat sejak awal pagi semalam dan pemantauan berterusan akan dilakukan.
Tangau menasihati orang ramai untuk mengikuti perkembangan amaran hujan lebat yang dikeluarkan melalui media massa dari masa ke semasa.
Keadaan banjir di Sarawak semakin teruk malam ini dengan jumlah mangsa di 31 pusat pemindahan banjir kini meningkat kepada 5,769 orang berbanding 4,381 petang Ahad.
Topic Berkaitan
#banjir Sarawak
#hujan lebat
#MetMalaysia
#Sarawak
#tekanan rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan