awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem ‘tiering’ untuk hospital swasta: Cadangan penyelesaian untuk menangani kenaikan kos penjagaan kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2024
10:50 MYT
Sistem ‘tiering’ untuk hospital swasta: Cadangan penyelesaian untuk menangani kenaikan kos penjagaan kesihatan
Kenaikan kos rawatan di hospital swasta memerlukan campur tangan segera kerajaan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. - Gambar hiasan/ Freepik
KUALA LUMPUR: Institut Kajian Dasar dan Pembangunan Polisi (IRDP) melihat campur tangan kerajaan adalah keperluan mendesak bagi menangani kenaikan kos rawatan di hospital swasta.

Ringkasan AI
  • Beban Sistem Kesihatan Awam:Kos rawatan tinggi memaksa rakyat ke hospital kerajaan, yang sudah sesak.
  • Cadangan IRDP: Kawal caj rawatan, buat sistem penarafan hospital, tingkatkan kerjasama awam-swasta.
  • Langkah Jangka Panjang: Guna sistem harga berasaskan nilai, libatkan semua pihak cari solusi.

Ketua Pegawai Eksekutif IRDP, Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar berkata, situasi ini bukan sahaja membebankan pemegang polisi insurans tetapi ia juga akan menambah beban kepada sistem kesihatan kerajaan.
Isu Utama: Beban Pada Sistem Kesihatan Awam Kenaikan premium insurans menyebabkan ramai rakyat menghentikan langganan polisi mereka.
Hal ini secara tidak langsung memaksa mereka mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, yang kini sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kekurangan doktor.
Menurut Sheikh Khuzaifah, situasi ini memerlukan campur tangan segera kerajaan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.
Cadangan IRDP IRDP mencadangkan beberapa langkah untuk menangani masalah ini:
1. Pengawalan Caj Rawatan Kerajaan perlu meminda Akta Perkhidmatan Hospital Swasta untuk menetapkan kadar maksimum bagi caj rawatan selain konsultasi doktor, seperti caj penginapan dan penggunaan alat perubatan.
2. Sistem Penarafan Hospital Swasta Memperkenalkan sistem tiering seperti penarafan hotel bagi membezakan hospital berdasarkan tahap perkhidmatan, membolehkan syarikat insurans menawarkan pelbagai pakej berdasarkan akses kepada hospital tertentu, sesuai dengan kemampuan pelanggan.
3. Kerjasama Awam-Swasta Mempergiatkan inisiatif seperti hospital rakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyediakan rawatan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah.
Cabaran dan Masa Depan Sektor hospital swasta di Malaysia perlu mencapai keseimbangan antara mengejar keuntungan dan memastikan akses kepada rawatan yang adil bagi rakyat.
Sheikh Khuzaifah menekankan keperluan peralihan kepada sistem caj berasaskan nilai atau value-based pricing sebagai langkah jangka panjang.
Beliau juga menyeru agar kerajaan, syarikat insurans, dan hospital swasta bekerjasama untuk mewujudkan penyelesaian yang seimbang demi kepentingan semua pihak.

* Artikel ini ditulis oleh Muhammad Daniel Eimran Ahmad Saiful Nizam, Mohamad Fartul Iqwan Abdullah, Nur Aqilah Nasuha Mazlan dan Gan Phei She.
* ⁠Penulis merupakan peserta “The Collision Room” Astro AWANI iaitu sebahagian daripada Project Sigma, sebuah inisiatif global oleh Google News Initiative (GNI).
Topic Berkaitan
#ProjectSigma
#kenaikan premium insurans
#IRDP
#Gen Z
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan