awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sisterhood bimbing wanita bermasalah menerusi kaunseling syarie

Bernama
Bernama
12/05/2023
21:15 MYT
Sisterhood bimbing wanita bermasalah menerusi kaunseling syarie
Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, JAKIM bersedia menyumbang kepakaran dan tenaga profesional dalam bidang kaunseling syarie dan psikospiritual Islam. - Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Wanita yang berhadapan dengan masalah kehidupan khususnya mengalami masalah kesihatan mental akan dibimbing menggunakan pendekatan kaunseling syarie menerusi program Kaunseling Syarie dan Usrah Interaktif Kumpulan Sisterhood.
Program Sisterhood yang merupakan jalinan kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Mercy Mission Malaysia itu dimeterai melalui satu memorandum persefahaman (MoU) di sini pada Jumaat.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, JAKIM bersedia menyumbang kepakaran dan tenaga profesional dalam bidang kaunseling syarie dan psikospiritual Islam sebagai satu pendekatan untuk membantu anggota masyarakat yang mengalami masalah peribadi sama ada dari segi kognitif, emosi, tingkah laku dan rohani.
Ucapan Hakimah sempena majlis penandatanganan MoU bagi Program Kaunseling Syarie dan Usrah Interaktif Kumpulan Sisterhood itu dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee.
Sementara itu, Penasihat Mercy Mission Malaysia Kartine Baharudin berkata, pihaknya menyasarkan untuk membantu 50 wanita menerusi kaunseling secara berkumpulan membabitkan 10 kaunselor berdaftar yang akan disediakan pihak JAKIM.
Beliau berkata, sesi kaunseling akan dikendalikan secara dalam talian dan setiap tiga bulan akan diadakan sesi bersemuka antara kaunselor dan peserta.
"Program ini ialah kaunseling berkelompok berstruktur selama 12 bulan khusus untuk wanita sahaja," katanya dan menambah pendaftaran bagi mengikuti kaunseling itu dibuka bermula hari ini menerusi www.sisterhood.com.my - BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#kesihatan mental
#Sisterhood
#kaunselor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan