PUTRAJAYA: Jumlah siswazah menganggur meningkat sebanyak 22.5 peratus kepada 202,400 orang pada 2020 berbanding 165,200 pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Siswazah 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata situasi itu disebabkan oleh persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan pada tahun lepas dan kesannya kepada kedudukan pasaran buruh.
Justeru, beliau berkata kadar pengangguran siswazah pada 2020 meningkat 0.5 mata peratus kepada 4.4 peratus berbanding 3.9 peratus dalam tahun sebelumnya.
"Selain itu, lebih 75 peratus daripada siswazah menganggur adalah mereka yang aktif mencari kerja yang mana hampir separuh menganggur bagi tempoh kurang dari tiga bulan," katanya dalam satu kenyataan hari ini susulan penerbitan statistik tersebut.
Siswazah dalam laporan itu ditakrifkan sebagai individu yang memperoleh sijil tertinggi daripada universiti, kolej, politeknik, badan yang diikhtiraf atau setaraf, dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya dua tahun.
Mohd Uzir berkata antara 4.35 juta siswazah yang bekerja pada 2020, lebih daripada dua pertiga atau 68.8 peratus adalah dalam kategori mahir, namun jumlahnya menurun 0.8 peratus berbanding 2019, iaitu penurunan dalam kategori pekerjaan profesional, termasuk juruteknik dan profesional bersekutu.
Beliau berkata kategori pekerjaan separuh mahir meliputi 19.3 peratus siswazah bekerja pada 2020, terutamanya dalam kategori pekerja perkhidmatan dan jualan, operator loji dan mesin serta pemasang, katanya.
Komposisi siswazah bekerja dalam kategori separuh mahir pula meningkat kepada 28.9 peratus manakala 2.3 peratus siswazah bekerja adalah dalam kategori berkemahiran rendah.
"Siswazah yang bekerja dalam kategori separuh mahir dan berkemahiran rendah diklasifikasikan sebagai guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran memandangkan mereka bekerja dalam pekerjaan yang tidak sepadan dengan tahap kelayakan mereka," katanya.
Dari perspektif sektor ekonomi, beliau berkata lebih 75 peratus atau 3.37 juta siswazah bekerja dalam sektor perkhidmatan, diikuti 14.6 peratus dalam sektor pembuatan.
Menurut Mohd Uzir, terdapat 800,900 siswazah luar tenaga buruh pada 2020, iaitu 39.4 peratus daripada jumlah itu adalah kerana kerja rumah atau tanggungjawab keluarga.
"Pemegang ijazah menerima purata gaji dan upah sebanyak RM5,471 sebulan pada 2020, berkurang 9.1 peratus berbanding 2019, manakala pemegang diploma menerima purata sebanyak RM3,311, menyusut 11.5 peratus pada tempoh yang sama.
"Dapat dilihat bahawa kategori mahir merekodkan pengurangan terbesar sebanyak lapan peratus kepada RM5,316, sementara kategori separuh mahir menerima RM2,418, jatuh sebanyak 2.7 peratus berbanding 2019." katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
Mohd Uzir berkata kadar pengangguran siswazah pada 2020 meningkat 0.5 mata peratus kepada 4.4 peratus berbanding 3.9 peratus dalam tahun sebelumnya. - Gambar fail/BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.