awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siswi buang bayi dalam mangkuk tandas di Kuala Terengganu

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2014
12:06 MYT
Siswi buang bayi dalam mangkuk tandas di Kuala Terengganu
Gambar Hiasan
Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui tersangkut dalam mangkuk tandas sebuah rumah pangsa di Jalan Hiliran di tengah bandar raya ini awal pagi tadi dipercayai cuba dibuang oleh ibunya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi awam di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu, ACP K. Manoharan berkata mayat bayi itu ditemui oleh rakan serumah siswi berkenaan selepas siswi itu rebah di depan pintu tandas kira-kira pukul 2.30 pagi.
Rakan siswi itu kemudian menghubungi ambulans untuk menghantar suspek ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Bedah siasat ke atas mayat bayi itu telah dijalankan pada tengahari dan sebab kematian adalah mati semasa kelahiran," kata Manoharan.
Beliau bagaimanapun memaklumkan siasatan masih pada peringkat awal dan polis sedang mengesan saksi termasuk teman lelaki siswi berkenaan yang dipercayai penduduk setempat.
Menurut polis, suspek tinggal bersama enam orang lagi rakan di rumah sewa itu tetapi hanya seorang saja yang ada di rumah semasa kejadian.
Polis juga percaya suspek menyembunyikan kehamilannya dengan memakai pakaian yang besar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Menurut polis, suspek akan ditahan selepas menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nurzahirah di sini.
Topic Berkaitan
#ACP K. Manoharan - Gambar Fail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan