KUALA LUMPUR: Ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Sittah Annur mengisytiharkan dirinya bertaubat secara terbuka pagi tadi.
Sittah Annur atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar, 39, membuat pengisytiharan itu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada jam 11 pagi Isnin.
Pada majlis itu, dia akui dan sedar bahawa kenyataannya menyebabkan kegusaran awam, kekeliruan, kecemasan dan boleh menyebabkan kecenderungan kepada ganggu gugat, keamanan dan ketenteraman awam.
"Saya menginsafi dan berjanji dengan diri saya bahawa saya tidak akan mengulangi apa juga cara yang boleh membawa kepada keadaan yang dinyatakan.
"Dengan ini saya bertaubat, kembali ke pangkal jalan, mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar.
"Saya insaf bahawa tiada jalan pintas ke syurga melainkan dengan keyakinan akidah Islam dan melaksanakan kebaikan amal makruf nahi mungkar dengan cara baik dan bijaksana berlandaskan prinsip-prinsip pelaksanaannya.
"Justeru saya meminta dan menyeru kepada semua pihak atau mana-mana individu yang mendengar, mengikuti dan mempercayai penyertaan tentang mimpi saya agar segera menghentikan apa-apa bentuk kepercayaan atau keyakinan berdasarkan kenyataan saya itu dan kembalik kepada Islam," katanya pada majlis berkenaan.
BACA: Sittah Annur dijangka isytihar taubat esok
Majlis pengisytiharan taubat disaksikan empat orang saksi iaitu Mufti Selangor Datuk Anhar Opir; Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Ahmad Shahir Makhtar; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dan wakil Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Ansarullah Mohd Hashim.
Menurut Mohd Shahzihan, perbuatan dan pernyataan wanita itu yang tular di media sosial sebelum ini adalah bertentangan dengan hukum syarak.
BACA: Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis
Kesalahan itu katanya dilakukan dibawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 (B) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
“Dengan pengisytiharan ini, ia tidak pernah membatalkan mana-mana Seksyen yang berkenaan termasuk tidak membatalkan apa-apa fatwa yang berkuat kuasa atau apa-apa yang akan dikuatkuasakan,” katanya kepada media pada majlis tersebut.
Mengulas lanjut, beliau berkata individu yang pernah mengikuti ajaran sesat ini disarankan untuk segera bertaubat.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai Sittah Annur yang mendakwa akan berlaku perang dunia ketiga bermula di Sabah serta memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.
Wanita itu turut mendakwa dirinya memiliki keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa akan berlaku pada masa depan.
Pada 3 September lalu, Sittah Annur ditahan polis di kediamannya.
Turut ditemui resit dana sumbangan dari pengikutnya melebihi RM84,000.
Astro Awani
Mon Sep 27 2021
Sittah Annur atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar membuat pengisytiharan itu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Sittah Annur PMYT bertaubat: 'Saya insaf, tiada jalan pintas ke syurga'
Ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Sittah Annur mengisytiharkan dirinya bertaubat secara terbuka pagi tadi.
Sittah Annur isytihar bertaubat
Masitah Ab Jalar melakukan pengisytiharan itu di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Sittah Annur dijangka isytihar taubat esok
Individu yang mendakwa dirinya Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) akan bertaubat menerusi majlis pengisytiharan Istitabah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Isnin.
Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis
Ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dikenali sebagai Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis, pada Jumaat.
Bukit Aman siasat ajaran sesat 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir'
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan mengenai seorang wanita yang dikaitkan dengan ajaran sesat dikenali sebagai 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT)'.
SOSMA efektif tangani ajaran sesat - Penganalisis
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) amat effektif digunakan bagi membendung kegiatan ajaran sesat dan fahaman terpesong daripada menular dalam kalangan masyarakat.
Ajaran sesat PMYT: Bukit Aman ambil keterangan 'Sittah Annur'
Memetik sumber, sepasukan anggota polis dilaporkan mengambil keterangan Masitah Ab Jalar di rumahnya di Selangor.
Polis kesan kumpulan ajaran sesat PMYT dipimpin Sittah Annur
Polis sedang mengumpul maklumat dan mengesan kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat termasuk didakwa mencetuskan Perang Dunia Ketiga di Sabah.