Wang berjumlah RM407,011.46 yang dibekukan daripada akaun bank milik Yayasan Penyelidikan Transformasi (FORT), yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini menjadi harta kerajaan Malaysia.
Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada mahkamah bahawa yayasan berkenaan selaku responden menyatakan persetujuan menyerahkan wang itu melalui surat bertarikh 9 Julai lepas.
"Saya memohon satu perintah agar harta alih iaitu wang RM407,011.46 yang disimpan dalam akaun semasa Bank Al Rajhi atas nama responden dilucut hak kepada kerajaan Malaysia," kata Farah Yasmin pada prosiding kes itu hari ini.
Ahli Lembaga Amanah FORT, Zulkifli Jaafar yang hadir mewakili responden berkata pihaknya tiada bantahan untuk wang tersebut dilucut hak kepada kerajaan.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan wang RM407,011.46 daripada akaun Yayasan Penyelidikan Transformasi dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.
Permohonan melucut hak itu dibuat pendakwaan mengikut Seksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
BACA: 1MDB: Wang haram RM100,000 daripada Hasan Malek dilucut
BACA: UMNO paling banyak terima dana 1MDB - KP SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 13 2019

Latheefa baru-baru ini berkata permohonan perlucutan hak telah difailkan SPRM terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: PdPR: Kerajaan perlu pertingkat jaringan internet | PdPR: Apa rasional terbaik?

Kajian Ipsos: Menangani tahap keresahan rakyat Malaysia
Bagi membincangkan mengenai perkara ini kita bersama dengan Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin.

PdPR: Capaian internet luar bandar perlu dipertingkat
Kerajaan digesa untuk mempertingkatkan keupayaan internet di luar bandar sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, PdPR. Akses internet lemah, akan jadi kekangan seterusnya menjejaskan pembelajaran mereka.

Niaga AWANI: Strategi dan peluang pelaburan dalam pasaran China
Di sebalik angka ini, UOB asset management percaya wujud peluang yang besar dalam pelaburan jangka panjang dalam syarikat terpilih dalam ekonomi baru di China. Ini melihat kepada kuasa membeli rakyat China yang semakin meningkat dan sokongan yang diberikan kepada 10 industri utama yang dikenal pasti dalam pelan ‘Made In China 2025’ Saksikan rakaman temubual saya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Uobam (Malaysia), Lim Suet Ling

Niaga AWANI: Strategi sektor kewangan depani cabaran 2021
Kita ingin membincangkan kesan dan strategi PKP ini kepada ahli Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) bersama Timbalan Pengerusi Azizi Mustafa.

COVID-19: Britain umum denda mereka yang hadiri parti sosial di rumah
Britain mengumumkan penalti lebih tinggi terhadap individu yang ingkar arahan berkaitan sekatan pergerakan.

AWANI Ringkas: Pelan Dasar Digital ASEAN dilancar hari ini | Ipsos: Rakyat Malaysia paling resah ketika pandemik

AWANI Pagi: Umur 12 tahun mampu lukis gaya arkitek profesional
Baru berusia 12 tahun tetapi mempunyai kebolehan membuat lukisan senibina seperti arkitek. Itulah keunikan seorang bakat cilik, yang akan kami kongsikan kepada anda jam ini. Yang mana bakatnya di kesan apabila lukisan senibina umpama dilukis oleh arkitek profesional telah tular dan seterusnya pelajar tahun enam ini mendapat perhatian ramai. Kita terus ke Alor Setar Kedah bersama dua beranak ini Airiel Haziq yang berusia 12 tahun dan bapanya Mohd Hardy Ahmad.

COVID-19: Itali pertimbang fail saman terhadap Pfizer
Kelewatan pengedaran menyebabkan negara itu terpaksa mengurangkan pemberian vaksin daripada purata 80,000 sehari kepada 28,000 sehari.

Dewan Perwakilan boleh hantar pertuduhan terhadap Trump ke Senat seawal hari ini
Ia akan menentukan nasib Trump sama ada masih layak bertanding sebagai presiden di masa akan datang.

Bicara 1MDB ambil masa, dijangka langkaui kes pecah amanah Najib-Irwan
Mahkamah Tinggi diberitahu perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan 1MDB akan mengambil masa panjang.

Dewan Rakyat: Kerajaan sedia bawa pulang Jho Low - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, tiada sebab untuk pihaknya tidak membantu membawa pulang individu terbabit supaya dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

1MDB-Goldman Sachs: Klausa kerahsiaan bukan 'cara mudah' sekat akses kepentingan awam - CIJ
Kerahsiaan tidak boleh digunakan sebagai "cara mudah" untuk menyekat orang awam mengakses perkara-perkara kepentingan awam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 17 November 2020.

Kalau tidak bersalah kenapa takut pulang, soal KPN kepada Jho Low
Abdul Hamid berkata, keputusan untuk tidak mendakwa Jho Low bukan berada di bawah bidang kuasanya.

Perlu adil! Jho Low kena balik dan hadapi perbicaraan - Akhbar Satar
Datuk Seri Akhbar Satar menyifatkan tindakan tidak mengenakan dakwaan terhadap Jho Low jika dia menyerahkan semula wang dan asset 1MDB adalah tidak adil bagi Malaysia.

Hutang kerajaan Persekutuan RM874.3 bilion setakat September
Berdasarkan pengiraan had statutori, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan berada pada tahap 56.6 peratus daripada KDNK.

Jenayah berteknologi tinggi cabaran dalam usaha perangi rasuah
Kerajaan dan pihak berkuasa perlu memikirkan untuk membangunkan teknologi yang mampu menyaingi kelicikan pihak tidak bertanggungjawab.

Goldman Sachs: Ruang tuntut pampasan lebih tinggi jika tidak bercanggah perjanjian - Akhbar Satar
Keputusan Unit Goldman Sachs Malaysia yang mengaku bersalah mampu memberi kesan positif terhadap proses mahkamah di negara ini membabitkan kes skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Unit Goldman Sachs mengaku bersalah di AS
Goldman Sachs Malaysia mengaku bersalah atas tuduhan yang difailkan Jabatan Kehakiman AS dalam peranannya terlibat dalam skandal rasuah 1MDB.