awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal LCS: Rafizi akan dipanggil berhubung hantaran kaitkan Abdul Latiff - Polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
31/08/2022
08:16 MYT
Skandal LCS: Rafizi akan dipanggil berhubung hantaran kaitkan Abdul Latiff - Polis
Polis akan memangggil Rafizi untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung hantaran berbaur fitnah dan jelik terhadap Abdul Latiff. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis akan memangggil Rafizi Ramli untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial miliknya yang didakwa berbaur fitnah dan jelik terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Timbalan Presiden PKR itu sebelum ini mengaitkan Abdul Latiff dengan skandal perolehan projek kapal tempur pesisir (LCS).
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata kertas siasatan ke atas Rafizi dibuka selepas polis menerima laporan daripada salah seorang pegawai Tugas-tugas Khas kepada menteri berkenaan pada Selasa.
Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan, polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada 22 Ogos lalu kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Semasa pengadu berada di Residensi Harmoni 2 Segambut, Kuala Lumpur telah terbaca satu hantaran melalui blog rafiziramli.com berkenaan dengan fitnah dan tohmahan yang dibuat oleh Rafizi yang mengandungi pembohongan dengan tujuan untuk merosakkan nama baik menteri berkenaan.
"Pengadu turut menafikan dakwaan bahawa menteri tersebut mempunyai isteri kedua yang mendapat kontrak pertahanan yang bernilai puluhan juta ringgit bagi LCS semasa beliau menjadi Timbalan Menteri (Pertahanan)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Eng Lai berkata, hasil semakan mendapati kenyataan berkenaan disiarkan di laman web rafiziramli.com selain di Facebook Rafizi www.facebook.com/rafiziramli.keadilan dan di laman Twitter Rafizi twitter.com/rafiziramli pada beberapa tarikh yang berasingan.
Pada masa sama katanya, sebuah video yang berkaitan juga disiarkan melalui akaun TikTok dan Instagram @rafiziramli pada tarikh 25 Ogos lalu.
Beliau memberitahu, ahli politik PKR itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaaan kerana kesalahan memfitnah.
Katanya, Rafizi juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyebarkan kenyataan jelik.
Topic Berkaitan
#LCS
#Rafizi Ramli
#fitnah
#Abdul Latiff Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan