awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal LCS: SPRM perlu lebih masa untuk siasatan menyeluruh - Azam

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
08/09/2022
06:05 MYT
Skandal LCS: SPRM perlu lebih masa untuk siasatan menyeluruh - Azam
Isu pembelian kapal LCS rumit dan SPRM memerlukan masa untuk siasatan menyeluruh, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki. - Gambar fail
PUTRAJAYA : Siasatan membabitkan projek pembinaan enam buah kapal tempur pesisir (LCS) yang mencetus kontroversi masih lagi giat dijalankan.
Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, ini adalah kerana siasatan yang lebih menyeluruh masih memerlukan masa untuk melengkapkannya.
Kata beliau, siasatan yang dilakukan SPRM perlu lebih teliti dan tidak hanya tertumpu kepada perkara membabitkan tadbir urus semata-mata.
"Mungkin banyak pihak yang mengemukakan isu-isu kepada pihak media tentang isu tadbir urus, itu mungkin diambil daripada laporan audit forensik.
"Namun demikian, pihak kami menyiasat bukan itu sahaja, kita menyiasat lebih lanjut lagi perkara itu untuk melihat jenayah yang berlaku oleh mana-mana pihak. Jadi masa diperlukan lagi oleh pegawai-pegawai penyiasat saya untuk melengkapkan siasatan ini," jelas Azam.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen 1st MACC Law Enforcement Accredited Programme Convocation 2022 di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Azam berkata, lebih banyak saksi yang perlu dipanggil ketika ini termasuk dari luar negara.
Bagaimanapun. beliau enggan mengulas ketika ditanya sama ada SPRM akan turut memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff yang namanya diheret dalam skandal LSC untuk disiasat.
"Saya tak nak komen mengenainya kerana kita masih lagi menyiasat dan kita harus menyelidiki tentang perkara itu," jelas beliau.
Mengenai dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan terpilih terhadap segala tuduhan yang dikenakan terhadapnya, Azam enggan mengulas.
Sebaliknya, tegas Azam, sebarang ulasan terhadap sesuatu kes yang sedang dibicarakan di mahkamah hanya akan menimbulkan subjudis.
Justeru, kata Azam, biarlah proses mahkamah berjalan seperti yang sepatutnya.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#skandal LCS
#siasatan LCS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan