awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/05/2024
06:30 MYT
SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia
Kata Armizan, 1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0. - Gambar fail/ Astro AWANI / SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mengerakkan kerjasama dengan lima syarikat minyak untuk memastikan kesiapsiagaan dalam perancangan agenda penyasaran semula subisidi diesel.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, setakat ini sebanyak 1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
"Kita telah dapat komitmen daripada syarikat minyak, mereka sediakan stok fleet card dalam jumlah 1 juta.
"Ini bermaksud syarikat minyak sentiasa mempunyai bekalan sebaik saja permohonan dibuat," katanya.
Jelas Armizan, pihaknya juga sudah mendapat komitmen daripada syarikat-syarikat minyak bagi membolehkan fleet card itu boleh diproses dalam tempoh kurang tujuh hari, serta menggerakkan usaha mengintegrasikan sistem fleet card dengan MySikap dan sistem pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mempermudahkan lagi proses permohonan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari Terbuka SKDS 2.0 di Putrajaya, pada Khamis.
Penganjuran Hari Terbuka itu melibatkan lapan persatuan yang mewakili industri pengangkutan barangan dan 400 syarikat yang layak di bawah program SKDS 2.0.
Mengenai pelaksanaan SKDS di Sabah dan Sarawak, Armizan berkata ia belum diputuskan kerana masih banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk melihat kepada hasil pelaksanaan di Semenanjung.
"Sabah dan Sarawak, kita tahu kebergantungan isi rumah terhadap penggunaan diesel tinggi kerana faktor geografi di sana.
"Jadi kita lihat dulu pelaksanaan di sini, dalam masa yang sama kita memantau untuk memastikan ia berjalan lancar dan kita juga akan pantau apa lagi aspek yang perlu disentuh terutama dari segi pengkategorian dan isi rumah yang terkesan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#SKDS 2 0
#subsidi
#diesel
#Armizan Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan