Skim Bantuan Persekolahan RM100 yang mula diagih kepada pelajar sekolah pada Selasa, boleh dimanfaat dalam pelbagai cara asalkan pemberian itu memenuhi matlamat kerajaan untuk membantu rakyat.
Ini kerana menurut aktivis sosial dan ahli akademik, inisiatif kerajaan itu merupakan bantuan sokongan bagi melancarkan proses pembelajaran pelajar dan tidak semestinya dihadkan kepada perkara material.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Datuk Ma'mor Osman misalnya, berpandangan pelaburan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah antara yang boleh dipertimbang ibu bapa.
"Melalui ini mereka mampu perkenal anak mereka kepada amalan menabung dan melabur. Bagi yang mampu mereka boleh labur semua RM100, bagi yang kurang mampu mereka boleh mula dengan RM20," katanya kepada Bernama di sini.
Menurut Ma'mor, ibu bapa juga boleh memanfaatkan pemberian itu untuk perbelanjaan sekunder persekolahan anak-anak mereka seperti tambang bas dan lain-lain keperluan berbangkit.
Bantuan yang diagih secara berperingkat sehingga 15 Feb itu merupakan kali kedua dilaksana kerajaan. Di bawah skim itu yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Belanjawan 2013, sejumlah RM498 juta diperuntuk kerajaan untuk 4.98 juta pelajar dari semua jenis sekolah di negara ini, tanpa mengira latar belakang keluarga.
Sementara itu, mengulas pandangan peruntukan itu patut dimanfaat untuk inisiatif kekal seperti pembinaan sekolah baharu, pensyarah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Sultan Idris Prof Dr N. S Rajendran berkata negara perlu mempunyai kepelbagaian dalam menyalurkan inisiatif pendidikan.
"Dalam belanjawan telah ada peruntukan bagi inisiatif kekal seperti sekolah dan sebagainya, apa yang kita perlukan sekarang ialah sistem lain untuk menyokong inisiatif sedia ada.
"Penyaluran sokongan pendidikan secara tunai dan 'one-off' itu pada saya suatu sistem sokongan 'out of the box' yang terbaik dan kita lihat membuahkan hasil memberangsangkan pada pelaksanaan kali pertama," katanya.
Bagaimanapun, Rajendran yang juga Penyelaras Pelan Pendidikan Sekolah-sekolah Tamil berpendapat kerajaan boleh menambah baik pemberian dengan memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menerima jumlah lebih besar.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abd Rahman pula berkata skim itu dilaksana kerajaan berdasarkan kemampuan kewangan negara.
"Saya nampak kerajaan amat teliti dalam membelanjakan wang rakyat untuk tujuan pendidikan, kerajaan memastikan skim ini mendatangkan impak yang maksimum pada masa sama tidak mempengaruhi perbelanjaan untuk sektor lain.
"Ini berbeza daripada pembangkang yang tahu berjanji manis pendidikan percuma, tanpa mengetahui impak janji itu kepada sistem pendidikan dan kewangan negara. GPMS percaya pendidikan sepatutnya tidak dipolitikkan tetapi ia telah dipolitikkan pembangkang," katanya.
Sementara itu, rata-rata ibu bapa yang ditemui berharap kerajaan dapat mengkaji semula agihan dengan mengambil kira pendapatan keluarga.
"Saya amat bangga dengan keperihatinan kerajaan terhadap rakyatnya tanpa mengira apa bangsa, tetapi saya harap sangat supaya kerajaan kaji semula pengagihan duit itu antara keluarga berpendapatan rendah dengan berpendapatan tinggi. Kalau boleh biar penerima yang berpendapatan rendah dinaikkan jumlah pemberiannya," kata Hashim Adli.
Hashim, 52, yang bertugas dengan Risda, berkata beliau akan memanfaatkan bantuan tersebut untuk persekolahan tiga anaknya.
Pesara kerajaan Mohamad Awang, 63, pula menyarankan agar kerajaan mengagihkan bantuan tersebut sebelum sesi persekolahan bermula membantu ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam.
"Kami bukannya orang senang dan terpaksa berusaha lebih untuk membeli kelengkapan sekolah anak," katanya yang mempunyai lima anak masih bersekolah.
Menurutnya memandangkan semua persediaan sekolah telah lengkap, beliau akan menyimpan wang bantuan berkenaan dan menggunakannya bila perlu.
Bagi Kamarudin Ali, 49, bantuan tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan yang mahu berlaku adil dan saksama kepada rakyat, namun rakyat sendiri harus bijak untuk menilai kewajarannya.
"Orang ramai tidak perlu mempersoalkan siapa yang patut dapat bantuan atau tidak, jika mereka rasa perlu, ambil bantuan itu...jika tidak, mereka tak perlu ambil dan bantuan itu sampai kepada mereka yang memerlukan," katanya.
Bernama
Wed Jan 16 2013

![AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894025/42418330501615037212247_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [06/03/2021] - Gaduh di simpang jalan raya | Menjelang PRU ke-15 | Dakwaan 'Datuk Seri' cuba sogok
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Maritim Malaysia tahan kapal kargo buang sisa minyak di perairan negara
kapal itu ditahan pada kedudukan kira-kira 21.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak, Selangor sekitar jam 12 tengah hari.

Vaksin COVID-19: Tiada paksaan, tidak langgar Akta 342 jika tidak ambil - Takiyuddin
Suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan di buat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

UMNO, Bersatu perlu muafakat demi masa depan - Rais Yatim
UMNO dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu, kata tokoh politik veteran Tan Sri Rais Yatim.

UMNO-Bersatu | Hanya Presiden PAS akan membuat keputusan terbaik
Hanya Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi penentu kepada hala tuju parti sama ada meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau UMNO menjelang Piihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, ketika ini juga jelasnya berlaku perselisihan dalam kalangan pemimpin PAS untuk membuat keputusan terbaik demi survival parti itu.

Politik | PAS kini dipersimpangan dilema, PN atau MN?
PAS kini berdepan dengan cabaran paling besar menguruskan ketegangan politik diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terutama dalam hubungan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, parti itu kini berada di persimpangan dilema dalam meneruskan kerjasama politik sama ada dengan Bersatu atau UMNO.

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia (6 Mac 2021)

Tumpu Ekonomi | Rakyat rayu henti politik, bantu pulih negara
Kemelut politik yang tidak berkesudahan. Meskipun negara masih ‘berperang’ dengan pandemik COVID-19, menyebabkan rakyat semakin muak, bosan dan jijik. Ini kerana kata mereka, kemelut itu tidak mampu membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat, malah hanya ‘membantut-kan’ proses pemulihan ekonomi negara.

Dakwaan Rasuah | SPRM moohon Natrah Ismail tampil beri bukti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail untuk membantu siasatan berhubung dakwaan individu bergelar ‘Datuk Seri’ yang cuba menyogok ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk lompat parti. Selain Natrah, SPRM berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan berkenaan juga diminta tampil memberi aduan kepada badan itu, sekiranya perkara itu benar-benar dianggap rasuah.

LHDN | LHDN nafi tindakan bermotifkan politik
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menegaskan setiap aktiviti penguatkuasaan termasuk aktiviti pungutan dan guaman sivil dilakukan berlandaskan akta-akta percukaian yang berkuatkuasa.

Skim bantuan persekolahan bermanfaat
Skim Bantuan Persekolahan RM100 yang mula diagih kepada pelajar sekolah pada Selasa, boleh dimanfaat dalam pelbagai cara asalkan pemberian itu memenuhi matlamat kerajaan untuk membantu rakyat.