awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyelesaian saman TikTok isyarat elak pendedahan maklumat - Pakar privasi data
Infrastruktur digital penentu daya saing 2026
PM Kanada nafi tarik balik kenyataan di Davos selepas berbual dengan Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Brazil, AS bersetuju cari penyelesaian isu tarif – Lula Da Silva

Bernama
Bernama
27/10/2025
01:20 MYT
Presiden Brazil, AS bersetuju cari penyelesaian isu tarif – Lula Da Silva
Presiden Lula da Silva (kanan) berkata, beliau mengadakan pertemuan yang sangat baik dengan Presiden Trump pada petang Ahad di Malaysia. - Gambar AP
BUENOS AIRES: Delegasi Brazil dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan rundingan segera bagi mencari penyelesaian kepada isu tarif, kata Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva selepas pertemuannya dengan Presiden AS Donald Trump.
"Saya mengadakan pertemuan yang sangat baik dengan Presiden Trump pada petang Ahad di Malaysia," tulis Lula da Silva di platform X, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.
Beliau berkata, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara terus terang dan membina mengenai agenda perdagangan dan ekonomi dua hala.
"Kami bersetuju untuk mengadakan pertemuan segera antara pasukan kami bagi mencari penyelesaian terhadap isu tarif dan sekatan terhadap pihak berkuasa Brazil," kata pemimpin Brazil itu.
Pada awal Oktober, kedua-dua presiden mengadakan perbualan telefon yang menandakan pemulihan semula dialog di tengah-tengah ketegangan hubungan berikutan pengenaan tarif ke atas produk Brazil dan sekatan terhadap pegawai Brazil.
Kedua-dua pemimpin kemudian bersetuju untuk bertemu secara bersemuka dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif Amerika Syarikat
#Brazil-Amerika Syarikat
#Luiz Inacio Lula da Silva
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan